Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Formula Politik Pembangkang Rapuh...

TEMERLOH - Tindakan PAS untuk menamatkan kerjasama dengan PKR membuktikan formula politik pembangkang...

Malaysia B-13 Muncul Juara...

KUALA LUMPUR - Skuad Bawah 13 Tahun (B-13) Malaysia muncul juara apabila mengalahkan...

Cadang Rondaan Basmi Gejala...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Sungai Siput meminta kerajaan Perak...

Koronavirus: 34 Rakyat Malaysia...

PUTRAJAYA - Seramai 34 rakyat Malaysia yang sepatutnya dijadualkan pulang bersama 107 yang...

Brunei Mansuh Siaran Analog, Kini Digital Penuh

BANDAR SERI BEGAWAN – Selepas Malaysia mula melancarkan penyiaran teresterial digital secara rasmi pada 6 Jun lalu, penduduk Brunei juga boleh menikmati siaran bermutu tinggi serupa.

Radio Televisyen Brunei (RTB) dalam satu kenyataan media di sini memaklumkan, penonton di negara itu kini boleh mengikuti program disiarkan dengan kualiti lebih jelas menerusi penyiaran Televisyen Digital sepenuhnya.

Media tempatan hari ini melaporkan, stesen awam milik penuh kerajaan Brunei itu telah pun beralih kepada siaran Televisyen Digital dan siarannya dapat diterima sempurna dengan menggunakan peralatan penerima bersesuaian.

Pengguna boleh memilih sama ada melalui alat Set-Top-Box (STB), sejenis dekoder atau alat penerima siaran digital atau membeli set televisyen digital yang ada fungsi integrated digital television tuner (iDTV) dengan sistem DVBT2.

Menurut kenyataan RTB itu lagi, terma-terma teknikal pemasangan boleh diajukan terus kepada pembekal atau penjual televisyen digital bagi memastikan orang ramai mendapatkan jenis set televisyen dan alat STB yang betul.

Selain daripada itu, peralatan antena luar jenis tetulang ikan untuk penerimaan Ultra High Frequency (UHF) turut memainkan peranan penting demi memastikan siaran Televisyen Digital RTB itu dapat diterima dengan jelas.

Memandangkan ada kawasan yang berbukit-bukau, penduduk disaran memasang dengan menghalakan ke stesen pemancar Andulau bagi Daerah Belait dan Tutong serta ke stesen Bukit Subok jika di Daerah Brunei dan Muara.

Bagi kawasan yang terletak agak jauh dari dua stesen pemancar RTB berkenaan, penonton disaran untuk memasang booster atau alat penguat gelombang penyiaran teresterial bagi mendapatkan mutu siaran dengan lebih optimum.


Menerusi siaran televisyen digital yang sebenarnya sudah dipancarkan RTB sejak 2014, penonton dapat menikmati saluran televisyen dengan visual bermutu tinggi dan audio lebih jelas berbanding siaran analog yang dimansuhkan.

RTB yang beroperasi sejak 1975 ketika ini mempunyai lima saluran televisyen iaitu RTB Perdana, RTB Aneka, RTB3 HD, selain siaran antarabangsa RTB Sukmaindera dan RTB5 yang khusus dengan program berunsur Islam.

Ia turut memiliki lima saluran radio tempatan iaitu Nasional FM, Pilihan FM, Pelangi FM, Harmoni FM dan Nur Islam Network. Siaran RTB ini juga dapat diikuti jelas di sebahagian Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Malaysia pula bakal mansuh siaran analog mulai 1 Jun 2018 dan penduduk yang tidak langgan siaran berbayar kini boleh menikmati penyiaran teresterial digital atau juga disebut MyFreeView dengan membeli set dekoder MYTV.

Buat permulaan ia hanya mengandungi sembilan saluran televisyen dan lima saluran radio sebelum ditambah secara berperingkat sehingga menjadi 80 saluran televisyen dan 40 saluran radio. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori