Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kabinet Putuskan BNM Kekal...

KUALA LUMPUR – Kabinet memutuskan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan kekal menyelia...

Kerajaan Selangor Lulus Kuil...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor telah bersetuju untuk mengazetkan kawasan seluas satu ekar...

2 Warga India Ditemukan...

KUALA LUMPUR - Polis menemukan dua mayat lelaki warga India dipercayai dibunuh di...

Artis Bermasalah Jejaskan Rating,...

Alahai, kasihannya dengan Hanez Suraya. Sudahlah sebelum ini dia dicaci masyarakat kerana isu...

Brad Sedih Berpisah Dengan Angie, Minta Media Beri Privasi

AKTOR popular Brad Pitt meminta pihak media memberikan sedikit privasi buat dirinya dan keluarga dalam berhadapan kes penceraiannya dengan Angelina Jolie.

Memetik majalah People, Brad dikatakan sedih dengan perpisahan itu dan kini dia hanya mahu memberikan sepenuh perhatian dan fokus terhadap enam orang anaknya.

“Saya amat sedih dengan perpisahan ini, tapi yang paling penting sekarang ialah kebajikan anak-anak kami.

“Saya harap pihak media tidak menganggu anak-anak kami sepanjang melalui tempoh sukar ini,” katanya.

Pasangan yang diberi jolokan Brangelina itu memilik enam anak, tiga anak angkat dan tiga anak kandung, iaitu Maddox; 15, Pax; 12, Zahara, 11, Shiloh; 10, dan pasangan kembar, Knox dan Vivienne; 8 tahun.

Brad Sedih Berpisah Dengan Angie, Minta Media Beri Privasi


Sementara itu, wakil jurucakap Angelina pula berkata keputusan untuk bercerai yang dibuat aktres itu adalah demi kebaikan keluarga mereka.

Baca: Anjelina Jolie Fail Tuntutan Cerai Terhadap Brad Pitt

“Buat masa ini Angelina tidak akan memberikan sebarang komen dan meminta semua pihak memberikan masa dan privasi buatnya,” kata wakil tersebut.

Brad dan Angelina bertemu dan dilamun cinta sewaktu menjalani penggambaran filem Mr & Mrs Smith pada 2004 dan mereka kemudiannya berkahwin pada 2014. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori