Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Perlu Bertindak: Ini...

IMEJ polis dalam menentang jenayah nampak cemerlang sejak era penubuhan pelbagai skuad khas...

Pelajar Mati Dipukul Guru...

TERNATE (Indonesia) - Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini mati selepas dipukul...

Didakwa Senda Jong-hyun, Sakinah...

TERDAHULU pelakon jelita, Sharifah Sakinah teruk menerima kecaman apabila jenaka spontan yang dibuat...

PM Ulangi Pendirian Akan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendiriannya akan menasihati Yang...

Brad Pitt Minta Maaf Pada Jennifer Aniston

AKTOR Brad Pitt akhirnya memohon kemaafan daripada bekas isterinya, Jennifer Aniston kerana menceraikan aktres itu akibat terlalu mabuk cinta dengan Angelina Jolie suatu ketika dahulu.

Brad yang kini sedang menjalani rawatan pemulihan alkohol sejak bercerai dengan Angelina, telah menghubungi Jennifer untuk meminta maaf sejak mereka bercerai pada tahun 2005.

“Dia memohon maaf ke atas kesedihan yang berpunca daripada kesalahannya terhadap Jennifer,” menurut seorang sumber yang rapat dengan pasangan itu.

“Brad bukanlah seseorang yang mudah dibawa berbincang, namun melalui terapi dan pemulihan, dia kini lebih tahu bagaimana untuk meluahkan perasaannya.”

Menurut sumber lain pula, Jennifer amat menerima dan bersikap terbuka terhadap permohonan maaf aktor bintang filem Fight Club itu.


“Jennifer memberitahu Brad bahawa dia memaafkan bekas suaminya dan mahu tumpukan perhatian kepada masa depan sahaja.”

Pasangan itu berkahwin selama dua tahun namun telah menjalinkan hubungan selama 10 tahun dan mempunyai 6 orang anak, 3 daripadanya merupakan anak angkat.

Brad dibenarkan berjumpa dengan anaknya tiga bulan sekali kerana hak penjagaan penuh terhadap Maddox, 15, Pax, 13, Zahara, 12, Shiloh, 11, dan kembar Knox dan Vivienne, 8, diberikan kepada Angelina. –MYNEWSHUB.CC

Kategori