Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KAFA Berhajat Dapatkan Jurulatih...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) lebih berminat untuk mendapatkan jurulatih...

25 Maut Serangan Boko...

MAIDUGURI - Sekurang-kurangnya 25 terbunuh dalam serangan militan Boko Haram pada petang kelmarin...

Culik Ahli Perniagaan, 3...

KUALA LUMPUR - Tiga anggota polis termasuk seorang berpangkat Inspektor masing-masing dihukum penjara...

Daftar Perniagaan Melalui EzBiz...

KANGAR - Orang ramai boleh mendaftar perniagaan mereka secara dalam talian melalui perkhidmatan...

Boy Iman Kini Bergelar Doktor Falsafah

SETELAH lama menyepi dalam industri hiburan, tup-tup muncul perkhabaran menyatakan pelakon Datuk Boy Iman telah bergelar doktor falsafah.

Boy Iman Kini Bergelar Doktor Falsafah

Gelaran itu diterima Boy Iman dari Universiti Antarabangsa setelah dia berjaya lulus ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sosial dan kemanusian.

Menurut Boy Iman, dia pernah gagal sebelum ini dalam pembelajarannya. Pun begitu, perkara itu bukan menjadi penghalang untuknya terus berusaha.

“Saya memang sudah sambung belajar sejak 2013. Walaupun pernah gagal tetapi saya mesti usaha dalam apa cara sekalipun untuk habiskan pengajian ini.

“Program yang saya ikuti ini pengajian jarak jauh (PJJ), bagi saya ilmu itu penting untuk masa depan.


“Pada awal mengikuti kursus kedoktoran saya ambil bidang bisnes namun saya tak dapat nak bawa, jadi saya buat keputusan untuk tukar ke bidang sosial dan kemanusiaan. Bidang yang saya ambil ini buat research untuk thesis dan assignment.

“Alhamdulillah syukur dengan ada bantuan kefahaman pensyarah saya dapat habiskan pengajian saya. Dalam proses nak habis tu ada jugalah saya mendapatkan bantuan dengan memberikan upah untuk check susunan ayat Bahasa Inggeris,” katanya kepada Media Hiburan.

Tambah Boy Iman, dia juga telah selesai menghadiri majlis konvokesyennya baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori