Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 9,000 Banduan Peroleh...

MELAKA - Sebanyak 9,390 banduan memperoleh perintah parol sejak sistem itu dilaksanakan di...

Adenan – Bahan Berita...

KUCHING - Memang telah dijangkakan media Cina seperti pertubuhan media lain, akan memberikan...

Hanya 20,000 Calon Mohon...

JOHOR BAHARU - Hanya 20,000 calon memohon untuk mengikuti Program myLesen setakat ini...

KKM Siasat Dakwaan Remaja...

KUALA LUMPUR - Semua pihak diminta bertenang dan tidak menimbulkan kebimbangan awam susulan...

Botak Kepala Lepas Raih Emas 110 Meter Berpagar

ATLET  olahraga negara, Rayzam Shah Wan Sofian, menamatkan penantian 10 tahun acara 110 meter berpagar apabila raih pingat emas dalam acara itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Dia malahan merupakan atlet terakhir negara kita yang pernah berjaya meraih emas dalam acara tersebut ketika di Sukan SEA Nakhon Ratchasima (Korat) 2007 lalu.

Selepas satu dekad, Rayzam Shah mampu mengulanginya di Kuala Lumpur 2017 dengan catatan masa 13.83 saat menewaskan pencabar Thailand, Jamras Rittidet — yang mengutip perak — dengan catatan masa 14.10s.

Manakala pingat gangsa menjadi milik atlet Filipina, Clinton Kingsley dengan catatan 14.15s. Menariknya, Rayzam membuat keputusan untuk membotakkan kepalanya sebaik menamatkan perlumbaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori