Borang B: Jangan Terhantuk Baru Terngadah

BANYAK kali Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah ingatkan perkara penting ini.

Tarikh akhir ditetapkan untuk mengemukakan Borang B adalah pada 30 September 2021.

Maka jangan buat-buat lupa kerana cuma berbaki beberapa hari sebelum tiba tarikh tersebut.

loop

Borang B adalah pendapatan di bawah Seksyen 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Perlu diisi oleh individu yang bermastautin di Malaysia dan menjalankan perniagaan.

Sama ada individu mempunyai punca pendapatan perniagaan (tunggal) atau perkongsian.

Pengemukaan borang nyata itu boleh dibuat secara manual atau e-Filling bagi tahun Taksiran 2020.

Sebenarnya sudah dua kali LHDNM memberi tambahan masa. Sepatutnya pada 30 Jun 2021.

Kemudian ditangguh kepada 31 Ogos disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seterusnya LHDNM melanjutkan lagi tarikh penyerahan pada 30 September.

Terima kasih LHDNM kerana prihatin terhadap kesulitan dialami rakyat akibat pandemik Covid-19.

Justeru, kepada individu terlibat ayuh jalankan tanggungjawab kepada negara.

Ingat juga kepada peruntukkan undang-undang seandainya gagal berbuat demikian.

Boleh dikenakan penalti lewat hantar dibawah Subseksyen 112(3) ACP 1967.

Dan jangan lupa menyimpan rekod perniagaan untuk sekurang-kurangnya 7 tahun.

Bagi tujuan rujukan dan semakan sekiranya diperlukan terutama jika perlu diaudit oleh LHDNM.

Gagal memenuhinya boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 119A ACP 1967.

Boleh didenda minimum RM300 dan maksimum RM10,000 atau penjara minimum satu tahun.

Ingat jangan sudah terhantuk baru tengadah tiada gunanya.

Bertindak dari sekarang!