Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hotel Terbakar, 18 Maut...

BEIJING - Satu kebakaran yang berlaku di sebuah hotel menyebabkan sekurang-kurangnya 18 orang...

PSG Muncul Kelab Pertama...

JUARA Perancis, Paris Saint-Germain membuka Ligue 1 dengan persembahan sempurna apabila meraih 12...

Kucing Ala Misai Hitler...

LONDON - Mungkin anda pernah melihat kucing yang semacam 'bermisai' pendek ini, dan...

3 Individu Termasuk 2...

MELAKA TENGAH - Tiga individu termasuk Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka...

Bon Samurai Lunas Pinjaman Kerajaan Terdahulu

KUALA LUMPUR – Bon Samurai bernilai RM7.4 bilion yang diterima oleh kerajaan akan digunakan untuk melunaskan beberapa pinjaman dalam jumlah yang besar yang diambil oleh kerajaan terdahulu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini, beliau berkata pada kadar faedah 0.65 peratus, angka itu adalah pengurangannya yang sangat besar. “Kerajaan sebelum ini meminjam wang pada kadar enam peratus, tetapi pada kadar tersebut, daripada kita mendapat 100 peratus wang yang dipinjam sebaliknya kita hanya dapat 90 peratus. “Jadi kadar faedah adalah pada 100 peratus, apabila kadar itu meningkat sehingga tujuh peratus. Kini antara tujuh peratus dan 0.65 peratus saya rasa anda sedar ini adalah satu pengurangan yang sangat besar,” kata Dr Mahathir.

Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan Jepun atas tawaran mereka untuk menjamin ¥200 bilion (RM7.4 bilion) dalam menerbitkan bon Samurai bagi tempoh 10 tahun.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan bajet tersebut berkata, ini adalah disebabkan keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Dr Mahathir.

Bon Samurai itu akan dijamin oleh Japan Bank of International Cooperation, pada kadar kupon 0.65 peratus dan dijangka diterbitkan sebelum Mac tahun depan, kata Lim.

Dr Mahathir berkata walaupun angka defisit dijangka berada pada 3.7 peratus tahun ini, kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah untuk membetulkan kesan ke atas defisit.

“Kita sangat berhati-hati tentang bagaimana wang akan dibelanjakan. Walaupun belanjawan ini adalah lebih daripada tahun sebelumnya, anda perlu ingat yang kita juga menanggung beban terpaksa membayar hutang yang ditanggung oleh kerajaan sebelum ini,” katanya.

Diminta mengulas mengenai dividen khas RM30 bilion Petronas, beliau berkata walaupun syarikat minyak nasional itu perlu meneruskan aktiviti eksplorasi dan pengeluarannya, ia masih mampu menampung jumlah itu.

Harga minyak kini, katanya, meningkat agak tinggi dan didagangkan pada hampir US$80 setong.


Sementara itu, mengenai rancangan Khazanah Nasional Bhd untuk memulihkan dan membangunkan semula bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur sebagai hab budaya dan warisan, Perdana Menteri berkata projek itu suatu yang istimewa.

Beliau juga berkata kerajaan akan berusaha untuk memenuhi aspirasi rakyat dan pada masa yang sama tidak mahu perbelanjaan melebihi pendapatan dalam belanjawan.

“KIta tidak ada pinjaman untuk menubuhkan syarikat baharu agar kita boleh curi wang. Kita meminjam untuk mengurangkan kadar faedah ke atas pinjaman. Kita sangat berhati-hati dalam berbelanja hanya apa yang kita ada dan jika kita tidak ada wang, kita tidak akan belanja,” katanya.

Mengenai Tabung Harapan, Dr Mahathir berkata ia akan digunakan untuk menyelesaikan masalah kewangan kerajaan.

“Kita akan gunakan wang itu sebijak yang mungkin,” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan menyasar mengimbangi akaun kewangannya dan sekiranya ada tempoh masa baginya, Dr Mahathir berkata: “Memanglah kita mahu mengimbangi akaun, tetapi kadang-kadang akaun itu tidak dapat diseimbangkan.” – BERNAMA

Kategori