Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

4,628 Pengemis, Gelandangan Diselamatkan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelamatkan 4,628 pengemis dan gelandangan melalui...

MASEU Rancang Tubuh Koperasi...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) merancang menubuhkan koperasi bagi...

Najib Ajak Parti-Parti Politik...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak parti politik yang mewakili suara...

Penjualan Nombor Plat Khas...

KUALA LUMPUR - Penjualan nombor plat khas kenderaan yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan...

Bon Samurai Kedua Tidak Bebankan Kerajaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan terbitan bon Samurai kedua mengambil kira kos pembiayaan serta kadar tukaran mata wang asing bagi memastikan pinjaman adalah kompetitif dan tidak membebankan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah, berkata terbitan bon itu sejajar dengan peraturan kewangan ditetapkan dalam Akta Pinjaman Tempatan 1959, Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Akta Pinjaman Luar Negeri 1963.

Beliau turut menegaskan pinjaman yang dibuat hanya untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan hutang matang.

“Jepun melalui Japan Bank for International Corporation sekali lagi menawarkan menjamin bon Samurai kedua dengan kadar faedah kurang 0.5 peratus.

“Terbitan bon ini digunakan untuk pembiayaan perbelanjaan pembangunan merangkumi projek dan program termasuk sekolah, hospital, jalan dan menyediakan akses kepada utiliti.

“Bagaimanapun, sebelum kita memuktamadkan terbitan bon ini, kita akan lihat keadaan kadar tukaran mata wang dan sebagainya supaya akhirnya tidak memberi kesan kepada kita atau kos pinjaman tidak terlalu tinggi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Amzad Mohamed (PAS-Kuala Terengganu) berhubung tujuan penerbitan bon Samurai kedua seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Dr. Mahathir dalam lawatan kerjanya ke Jepun pada 6 hingga 8 September lalu mengumumkan mengenai tawaran Jepun menerbitkan bon Samurai Kedua. Jepun kali ini menawarkan kadar faedah yang lebih rendah iaitu 0.5 peratus berbanding 0.63 peratus yang diberikan bagi pinjaman bon Samurai sebelum ini.


Menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengenai terbitan bon kerajaan, Amiruddin menjelaskan, hutang yang dibuat sudah dirancang awal dan pada masa sama menebus semula hutang lama.

“Antara Januari dan Ogos (tahun ini), kita terbit hutang RM100.22 bilion, kalau ini saja diambil dan dikatakan bahawa kita berhutang lebih daripada apa yang kita isytihar dalam Parlimen, ini saya katakan bahawa cuba mengelirukan orang ramai.

“Pada masa sama, kita menebus (hutang) dalam tempoh itu sebanyak RM38.8 bilion menjadikan penerbitan bersih ketika itu ialah RM63.4 bilion,” katanya.

Katanya, bagi tempoh September hingga Disember depan, kerajaan akan menerbitkan bon sebanyak RM33.5 bilion dan pada masa sama menebus lagi hutang berjumlah RM44.5 bilion.

“Ini menjadikan jumlah bersih yang kita tebus lebih daripada yang kita keluarkan,” katanya. – BH Online

Kategori