Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Tunggal Sorok Dadah...

ROMPIN - Polis menahan seorang ibu tunggal dan anak perempuannya yang dipercayai aktif...

Pulau Pinang Tetap Teruskan...

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang bertegas meneruskan sekolah vernakular di negeri itu selepas...

Fahmi Nafi Kosongkan Kerusi...

KUALA LUMPUR- Fahmi Fadzil menafikan laporan bahawa beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen Lembah...

VIDEO : Presiden PAS...

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini difahamkan sudah mula memberi penjelasan...

Bom Bawah Kerusi Bunuh Calon Pilihan Raya Afghanistan

KABUL – Seorang calon pilihan raya Afghanistan terbunuh apabila sebutir bom yang diletakkan di bawah kerusi di pejabatnya di wilayah Helmand, selatan negara berkenaan meletup semalam, kata seorang pegawai kanan kerajaan.

Kumpulan militan Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap sera­ngan itu.

Pegawai kanan itu berkata, Abdul Jabar Qahraman yang melakukan persiapan untuk bertan­ding dalam pilihan raya Parlimen Sabtu ini terbunuh akibat letupan tersebut.

Menurut seorang jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi, tiga lelaki yang berada di pejabat mangsa turut terbunuh, manakala tujuh orang mengalami kecederaan.

“Sebutir bom diletakkan di bawah kerusi Abdul Jabar di pejabat kempennya. Kami sedang menyia­sat serangan ini,” kata jurucakap berkenaan.

Abdul Jabar merupakan calon pilihan raya Parlimen Afghanistan ke-10 yang terbunuh sejak dua bulan lalu. Dua calon lain telah diculik, manakala empat lagi dicederakan oleh militan Taliban.


Selain itu, seramai 22 orang lagi terbunuh semasa mereka menyertai sebuah rapat umum pilihan raya di wilayah Takhar, timur laut Afghanistan pada minggu lalu.

Kumpulan Taliban yang pernah memerintah Afghanistan dari tahun 1996 hingga 2001, mengarahkan orang ramai memboikot pilihan raya Parlimen itu dan berjanji akan meneruskan perang menentang kerajaan Afghanistan yang disokong Barat. – Reuters/KOSMO ONLINE

Kategori