Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Tiada Keperluan PH Ulas...

KUALA LUMPUR : Tiada keperluan untuk Pakatan Harapan (PH) mengulas mengenai hasil siasatan...

RTM Siar Kejohanan MotoGP...

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung 10 sirkit...

Trem Bakal Muncul Semula...

GEORGE TOWN - Kemungkinan wujudnya trem di jalan raya hampir menjadi realiti apabila...

Pelamin Bergerak Yang Sempoi...

KELAINAN di majlis perkahwinan merupakan antara perkara yang sentiasa diimpikan setiap pasangan pengantin.Maka, pelbagai cara...

Boleh Ziarah Kubur, Tapi Tak Digalakkan

KUALA LUMPUR – Aktiviti ziarah kubur pada Hari Raya dibenarkan tetapi orang ramai dinasihatkan untuk mengelak melakukannya sebagai langkah keselamatan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, setakat ini perkara itu adalah nasihat, bukan larangan seperti yang disampaikan Ketua Pengarah Kesihatan, semalam.

“Perkara itu tidak dibincangkan hari ini dan kita percaya dalam hal ini terletak kepada disiplin diri dan kawalan kendiri. Buat masa ini tidak perlulah kita bergantung kepada peraturan dan SOP saja, kawalan kendiri itu lebih penting.

“COVID-19 ini akan terus berada di sekitar kita, mungkin dalam dua tahun atau lebih. Mungkin kita tidak boleh laksanakan PKPB ini hingga dua tahun, jadi tanpa undang-undang ini pun, rakyat boleh mengawal penyebaran wabak dengan mengamalkan kawalan kendiri.

“Kerajaan kini sudah banyak memberikan kelonggaran tetapi kita nasihatkan patuhi SOP dan peraturan yang sudah ditetapkan. Ziarah kubur ini masih dalam peringkat kita nasihatkan jangan lakukan bukan peraturan,” katanya selepas mesyuarat khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Kategori