Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fasa Kedua RTC Sungai...

JASIN - Fasa Kedua Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai bernilai RM3...

Kerangka Perundangan Diskriminasi Gender...

PUTRAJAYA - Kerajaan masih dalam proses menggubal kerangka perundangan untuk menangani diskriminasi berasaskan...

Soal Cinta Dengan Fattah,...

FENOMENA Fattzura mula menjadi sensasi di Malaysia sejak gandingan Fazura dan Fattah Amin...

Kamal Adli Sedia Kahwin,...

HUBUNGAN cinta yang terjalin antara pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong sememangnya bukan...

Boleh Tukar Nama Bapa Pada Dokumen Pengenalan Diri – JPN

KUALA LUMPUR – Pembetulan maklumat dalam dokumen kelahiran sama ada dalam sijil atau kad pengenalan boleh dimohon jika ada maklumat tidak tepat atau meragukan pada dokumen berkenaan.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, pemohon yang ingin melakukan pembetulan sama ada nama atau tarikh dan tempat kelahiran perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan berlaku kesilapan fakta dalam pendaftaran sebelum ini untuk dipertimbangkan jabatan itu.

Bagaimanapun, JPN berkata, sebarang perubahan maklumat dalam dokumen pengenalan dikhuatiri akan memberi kesan kepada pemohon antaranya dalam urusan perbankan, pendidikan dan kesihatan.

“JPN hanya mengendalikan isu yang di bawah bidang kuasa JPN saja seperti sijil lahir dan kad pengenalan.

“Namun, sekiranya pihak berkaitan memerlukan pengesahan berkenaan maklumat dokumen pengenalan diri subjek, JPN sedia memberikan kerjasama,” kata JPN dalam satu kenyataan, hari ini.

JPN mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas laporan tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar dilahirkan 20 tahun lalu, tertukar dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.


Kejadian itu disedari selepas ketiga-tiga mangsa, Adryani Iwani, 20, ‘kembarnya’ Adryana Irwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lalu.

Berikutan itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dipetik berkata, kesilapan tertukar bayi dengan keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat, dari segi hukum agama wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung.

Ia bagi memastikan tidak menimbulkan isu berbangkit, terutama berkaitan pembahagian pusaka.

JPN berkata, jabatan itu sebelum ini banyak menerima permohonan untuk pembetulan pelbagai maklumat pada dokumen pengenalan diri termasuklah penukaran bin atau binti (nasab) namun tiada statistik khusus berkenaan hal itu. – BERNAMA

Kategori