Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahathir Kini Makin Karut,...

SINIS... Tun Dr. Mahathir Mohamad dianggap semakin karut apabila tergamak melabel Datuk Seri...

B.Inggeris: Adenan Minta Pengkritik...

BAU - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meminta pihak yang mengkritik...

Polis Pahang Adakan Persiapan...

KUANTAN - Polis Pahang mengadakan persiapan rapi bagi memastikan kelancaran serta keselamatan dan...

Jared Leto Tunjuk Badan...

PELAKON versatile, Jared Leto dedah tubuh badan terkininya melalui laman sosial instagram selasa...

Boleh Solat Tanpa Wuduk, Tayamum Jika Pakai PPE

PETUGAS barisan hadapan yang terpaksa memakai perlindungan diri (PPE) sepanjang masa ketika bertugas boleh menunaikan solat tanpa berwuduk dan tayamum.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, terdapat dalil yang membenarkan perbuatan itu di samping ahli fekah pernah membicarakannya di dalam bab bersolat tanpa dua penyucian iaitu wuduk dan tayamum.

Katanya, di dalam hadis al-Bukhari dan Muslim terdapat situasi di mana sahabat Rasulullah SAW bersolat tanpa mengambil wuduk mahupun tayamum.

“Ketika itu tiada air, lalu Allah SWT menurunkan perintah untuk bertayamum jika tidak boleh berwuduk.

“Meskipun demikian, Rasulullah tidak meminta sahabat untuk mengulangi solat walaupun perintah bertayamum diturunkan sejurus keadaan itu berlaku,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya, semalam.

Sebelum ini, petugas barisan hadapan khususnya doktor dan jururawat keliru mengenai masalah berkenaan kerana perlu mengenakan PPE dalam jangka masa lama dan tidak boleh menggunakan air ketika mengendalikan pesakit Covid-19.


Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, perkara berkenaan lebih dekat dengan konsep Islam sebagai agama yang mudah terutama kepada mereka yang menjaga dan merawat pesakit Covid-19.

“Ia lebih mendekati konsep umum ayat al-Quran dan al-Sunnah pada surah al-Baqarah ayat 185 yang menyatakan Allah suka untuk meringankan beban dan agama itu mudah.

“Jika seharian bertugas (tanpa bersolat), kemudian perlu menggantikannya pada malam hari pastinya membebankan petugas,” katanya.

Mohd Asri berkata, petugas barisan hadapan juga boleh menjamakkan solat Zohor dengan Asar atau Maghrib dengan Isyak, sekiranya terdapat bebanan atau kekangan untuk bersolat ketika bertugas. – myMetro Online

Kategori