Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Subjek Perintis Moden Perlu...

NEW DELHI - Subjek perintis moden perlu diajar bersama-sama dengan tamadun, kebudayaan dan...

Fathia Latiff Bengang Dituduh...

PELAKON jelita, Fathia Latiff melahirkan rasa bengangnya di laman sosial Instagram berkenaan tajuk artikel...

Keracunan Alkohol: 13 Serbuan,...

SHAH ALAM – Polis menahan 10 pengusaha serta pekerja kedai runcit dan kedai...

Mayat Kim Jong-nam Sudah...

KUALA LUMPUR - Kawasan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL)...

Boleh Mohon Pulang Jika Terkandas Di Kampung

KUALA LUMPUR – Rakyat yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula 25 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata permohonan itu boleh dibuat melalui dalam talian atau di balai polis berhampiran.

Bagaimanapun, kebenaran untuk membenarkan mereka pulang masih di peringkat kajian dengan nasihat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mereka boleh mula melaporkan kepada polis melalui online, iaitu melalui aplikasi GerakMalaysia yang mana ini kolaborasi antara polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mulai 25 April nanti.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Bagi mereka yang tiada kemudahan telefon pintar dan sebagainya, permohonan boleh dibuat di balai polis berhampiran namun perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di balai polis,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.


Ismail Sabri berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan dan jika dibenarkan, pergerakan dijangka bermula 1 Mei ini.

Katanya, setiap keluarga wajib mendaftar dan membuat permohonan bagi membolehkan pihak berkuasa membuat perancangan.

“Mereka yang mendaftar perlu mengemukakan nama, berapa jumlah ahli keluarga dan lokasi tempat untuk ditujui, dari kampung mana, zon merah atau hijau dan sebagainya,” katanya. – BH Online

Kategori