Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Cara Langsing Dalam Masa...

SEMEMANGNYA tidak ada jalan untuk menurunkan berat badan melainkan melalui keazaman dan usaha cekal untuk...

Amalan, Penghayatan Nilai Jadi...

KUALA LUMPUR - Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) yang dilaksanakan sewaktu perhimpunan mingguan...

Dakwaan Jenayah Meningkat Sebab...

KUALA LUMPUR - Dakwaan kes jenayah di Malaysia meningkat kerana ramai yang kehilangan pekerjaan akibat...

American Airlines Tamat ‘Perkongsian...

PETALING JAYA - American Airlines tidak lagi menawarkan “perkongsian kod” dengan Malaysia Airlines...

Boleh Letak Calon 18 Tahun Bermula PRK Tanjung Piai

PUTRAJAYA – Parti politik boleh mula meletakkan calon berusia 18 tahun bermula Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Johor.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun, berkata ini berikutan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang sudah diwartakan.

“Ya, parti politik boleh meletakkan calon berusia 18 tahun kerana pindaan itu sudah diwartakan,” katanya sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas urusan PRK Parlimen Tanjung Piai di ibu pejabat SPR di sini, hari ini.

SPR hari ini menetapkan PRK bagi Parlimen Tanjung Piai, Johor diadakan pada 16 November ini.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 2 November, manakala tarikh mengundi awal pada 12 November .

Pindaan Perkara 47 (calon usia 18) dan Perkara 119 (had usia mengundi) Perlembagaan Persekutuan mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong pada 4 September lalu dan diwartakan pada 10 September. – BH Online

Kategori