Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Serangan Tanda Islamophobia Makin...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam serangan keganasan terhadap umat Islam...

Khazanah Jual Hotel Di...

KUALA LUMPUR - Anak syarikat 60% milik Khazanah Nasional Bhd., M+S Pte. Ltd....

Suami Pulang Kerja Isteri...

SEORANG suami yang baru pulang dari tempat kerjanya terkejut apabila melihat isterinya tengah...

Kompilasi Iklan, Filem Pendek...

BEBERAPA hari sebelum menyambut perayaan Aidilfitri kita telah dihidangkan dengan iklan-iklan berkaitan hari...

Boleh Edar Bible Depan Sekolah – MAIPP

BEBAS… Pelajar Muslim di Pulau Pinang kini bebas mendapatkan naskhah Bible yang diedarkan secara percuma oleh mubaligh Kristian kerana perkara itu tidak salah dari segi undang-undang.

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) malah tidak bercadang buat laporan polis berhubung tindakan beberapa individu yang edar kitab itu di hadapan Sekolah Tinggi Bukit Mertajam yang tular baru-baru ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Malik Kassim dipetik Utusan Malaysia berkata, perbuatan berkenaan bukan kesalahan jenayah selain MAINPP sendiri tidak pasti sama ada kejadian berkenaan baharu berlaku atau kes lama.

Beberapa gambar yang memaparkan aksi sekumpulan lelaki ceria mengedarkan kitab penganut Kristian itu menjadi tular semula bahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof mengesahkan ia baru berlaku.

“Itu kamu kena tanya beliau (Mujahid) apabila beliau kata kes baharu tetapi bagi MAINPP tidak perlu lapor polis, kita akan siasat kalau berlaku, ada caranya,” katanya ketika dihubungi akhbar tersebut di George Town hari ini.

Semalam, Mujahid mengesahkan kejadian berkenaan sambil menjelaskan ia dilakukan beberapa individu daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan menurutnya, kumpulan berkenaan perlu menghentikan perbuatan itu.


Ini kerana tindakan dilakukan aktivis Kristian tersebut jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu sebarang agama lain tidak boleh disebarkan kepada umat Islam di negara ini bagi tujuan untuk seru mereka murtad.

Bagaimanapun mengulas lanjut isu panas berkenaan, Abdul Malik berkata, pihak MAINPP ada kaedah sendiri untuk menyiasat kes itu jika ia benar berlaku namun beliau enggan mendedahkan perkara tersebut buat masa ini.

Abdul Malek ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri PKR kawasan Batu Maung selama dua penggal, namun tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu. Sebelum ini, jawatan Yang Dipertua MAINPP disandang wakil PAS.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima tiga laporan dibuat dua wakil NGO dan seorang waris pelajar berhubung isu ini.

“Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana melibatkan perbuatan dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori