Boleh Bina 2 KLCC Hasil Penjimatan Kos ECRL

KUALA LUMPUR – Pengurangan sebanyak RM21.5 bilion daripada kos asal RM65.5 bilion Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) boleh digunakan untuk membina dua Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin berkata, penetapan harga terbaharu kos ECRL kepada RM44 bilion menunjukkan pengurangan 32.8 peratus daripada harga asal.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan jarak landasan ECRL itu lebih pendek daripada sebelum ini iaitu sepanjang 684 kilometer.


“Landasan baharu ini sepanjang 648 kilometer iaitu 40 kilometer lebih pendek,” katanya seperti dipetik dalam laporan The Star Online hari ini.

Daim bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara tersebut dan memaklumkan yang Perdan Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengadakan sidang akhbar berhubung isu berkenaan pada Isnin ini. – UTUSAN ONLINE

Loading...