Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Taufan Irma: IOC Tubuh...

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menubuhkan dana bernilai US$1 juta (kira-kira...

Tidak Perlu Berebut Jawatan...

KUALA LUMPUR - "Tidak perlu berebut untuk menjadikan individu tertentu sebagai Perdana Menteri...

Mahathir, Ahli Politik Tak...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata mana-mana pihak termasuk perdana...

Mahathir Inginkan Kejatuhan Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas bekas Perdana Menteri...

Boikot Coca-Cola Hanya Akan Jejaskan Pekerja Tempatan

KUALA LUMPUR – Gesaan supaya orang ramai memboikot produk Coca-Cola akan hanya memberi kesan terhadap pekerja tempatan syarikat itu.

Coca-Cola Malaysia dalam kenyataannya, semalam, berkata, selain itu, pihak yang paling terkesan dengan tindakan boikot ini termasuk ribuan peruncit, pengedar dan pembekal di seluruh rantaian bekalan dalam negara yang bergantung kepada operasi perniagaan sebagai sumber pendapatan mereka.

Syarikat itu menekankan walaupun Coca-Cola adalah jenama global, namun semua operasi pembotolan syarikat itu di Malaysia dibuat dalam negara.

“Coca-Cola diproses dan dibotolkan di Malaysia untuk rakyat Malaysia oleh rakyat Malaysia. Di Malaysia, Coca-Cola beroperasi lebih 85 tahun dan menjadi keutamaan kami untuk terus komited dalam membantu rakyat Malaysia dari segi bantuan sosial dan lain-lain,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan syarikat itu menerima maklumat terdapat beberapa individu memboikot produk Coca-Cola akibat khabar angin yang tular di media sosial serta salah faham tentang komitmen syarikat itu di Timur Tengah. 


Coca-Cola Malaysia memaklumkan syarikat itu prihatin terhadap pergolakan yang berlaku antara Israel dan Gaza serta kesannya terhadap penduduk di rantau Timur Tengah.

“Kami tidak menyokong atau menentang mana-mana tujuan berkaitan agama mahupun memihak kepada mana-mana negara lebih daripada yang lain di peringkat antarabangsa,” katanya. – BERNAMA

Kategori