Boeing Akan Jual Pesawat Baharu Tanpa Juruterbang

GEELONG – Syarikat pengeluar pesawat, Boeing memperkenalkan sebuah pesawat tanpa juruterbang baharu di Pameran Udara Antarabangsa Australia di sini pada Selasa lalu.

Pesawat bernama Loyal Wingman yang dibangunkan bersama Tentera Udara Diraja Australia itu berukuran 12 meter panjang dan mempunyai jarak operasi lebih 3,700 kilometer. Ia boleh membawa peluru berpandu dan bom pada masa depan.

Pesawat tersebut dilengkapi dengan sensor yang membolehkannya melakukan misi perisikan, pemantauan dan tinjauan termasuk peperangan elektronik dijangka dijual pada tahun depan.

Naib Presiden dan Pengurus Besar Sistem Autonomi Boeing, Kristin Robertson berkata pesawat baharu itu beroperasi secara fleksibel dan sesuai untuk pelbagai jenis misi di samping jauh lebih murah berbanding jet pejuang sedia ada.

“Adalah lebih baik untuk mempunyai sebuah pesawat ini untuk bertempur berbanding platform (kapal terbang) yang dikendalikan manusia,” katanya.

Bagaimanapun, harga pesawat itu tidak didedahkan. – Agensi

Loading...