Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lagu ‘Fighter’ Lonjak Semangat...

GOLD COAST — Kekecewaan gimnas negara, Amy Kwan pada edisi lepas di Glasgow,...

Skandal Terowong Dasar Laut:...

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu beberapa pejabat di Kompleks...

Tiada Keperluan Adakan Sidang...

JOHOR BAHRU - Tiada keperluan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas kerana...

Dua Kapal Kontena Di...

SHAH ALAM -- Dua kapal kontena yang berlabuh di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang...

Bodoh Tuduh Pecah Amanah RM6 Bilion – Shafee

SINIS… Peguam mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak mahu membuktikan kepada mahkamah bahawa dakwaan pecah amanah berjumlah RM6.63 bilion itu satu bentuk kebodohan semata-mata.

Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dalam nada sinis berkata, pihak pendakwa raya pula sebaliknya perlu bersedia untuk membuktikan kepada mahkamah bahawa tuduhan tersebut sebagai benar-benar berasas

“Pembelaan akan menunjukkan bahawa wang yang dibayar dalam kes pecah amanah jenayah itu sebenarnya dibuat untuk elak negara gagal bayar hutang. Bayaran itu juga hanyalah peruntukan semula daripada bajet kerajaan.

“Itu pun menjadi jenayah?” sindirnya semasa sidang media selepas bekas perdana menteri itu dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah didakwa di mahkamah ibu negara, hari ini.

Jelasnya, empat pertuduhan melibatkan Internation Petroleum Investment Company (IPIC) sementara dua lagi berkaitan projek infrastruktur seperti ECRL dan saluran paip gas di Semenanjung dan Sabah.

Mengulas dengan lebih lanjut, Muhammad Shafee menegaskan bahawa pihak defendan juga sangat bersedia untuk meneruskan perbicaraan itu dan berkemungkinan akan membawanya ke peringkat Mahkamah Tinggi.


Terdahulu, Najib dan Mohd. Irwan Serigar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan pecah amanah yang melibatkan wang milik kerajaan Malaysia berjumlah RM6,636,065,000.

Kedua-duanya, yang meminta untuk dibicarakan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan bersama-sama di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad.

Mahkamah membenarkan Najib dan Mohd Irwan Serigar masing-masing bayar ikat jamin RM1 juta setiap seorang, dengan RM500,000 diselesaikan hari ini dan baki dalam tempoh 10 hari dari hari ini. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori