BNM Turunkan OPR Kepada 2.75%

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) pada Mesyuarat Dasar Monetari (MPC) hari ini menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) yang menjadi penanda aras kadar faedah tempatan kepada 2.75 peratus.

Kadar siling dan lantai koridor OPR masing-masing diturunkan kepada 3.00 peratus dan 2.50 peratus, kata bank pusat dalam kenyataannya.

“Ekonomi global terus berkembang pada kadar sederhana. Petunjuk semasa dan ketegangan perdagangan yang reda terarah kepada peningkatan aktiviti perdagangan global.

“Pelonggaran monetari di beberapa ekonomi pada separuh kedua 2019 membantu meredakan persekitaran kewangan dan dijangka terus menyokong aktiviti ekonomi.

“Namun, risiko penurunan kekal disebabkan ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan dasar di beberapa negara. Ini boleh menyebabkan kemunculan semula ketidaktentuan pasaran kewangan dan mempengaruhi tinjauan pertumbuhan global,” katanya. – BH Online

Loading...