BN-UMNO Pembangkang Paling Gagal

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan UMNO-Barisan Nasional sebagai pembangkang paling gagal di Malaysia.

Katanya, sebagai pembangkang UMNO-BN tidak pandai menghasut orang ramai turun ke jalan raya untuk menggulingkan kerajaan, takut untuk menipu, tidak berani pukul-memukul dalam pemilihan parti serta tidak pernah mengangkat placard dalam Dewan Rakyat.

“Kita cuma rajin sangkal fitnah-fitnah kerajaan, sering mendekati serta menjelaskan kepada rakyat dan mengkritik dasar-dasar gagal kerajaan tipu sijil itu dengan fakta dan angka.

“Melihat kegagalan kita sebagai pembangkang, PM ke-7 pun gulingkan kerajaan PM ke-7 untuk kita.

“Maka UMNO-BN pun dipecat serta-merta sebagai pembangkang dan terpaksa serahkan tugas kita kembali kepada geng professional pemfitnah, “penipu level champion, tukang gambar edit, pakar guling-guling, kaki gaduh dan expert penghasut yang banyak berpengalaman.

“Sebak menulis status ini,” sindirnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ketika Pakatan Harapan menjadi pembangkang, parti berkenaan sering menimbulkan kekecohan sama ada dengan melakukan demonstrasi jalanan atau di Dewan Rakyat termasuk memboikot sidang dewan. – MalaysiaGazette

Loading...