Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam...

Petikan Page Viral Posts (FB)ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Kakak ‘Ajar’ Adik Yang...

SEORANG remaja, Clare, 17 tahun yang berasal dari Amerika Syarikat mempunyai cara tersendiri...

Melaka Beri Pengecualian Denda...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka memberikan pengecualian denda lewat cukai tanah negeri ini...

Jawatan Menteri Pendidikan Itu...

PUTRAJAYA - ‘Itu hanya spekulasi’ kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengulas laporan...

BN Tolak Dakwaan Status Quo Melaka

PETALING JAYA – Barisan Nasional Melaka menolak dakwaan Ketua Menterinya, Adly Zahari yang mengatakan negeri itu kekal dengan status quo dan segala urusan pentadbiran berjalan seperti biasa.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Abdul Rauf Yusoh menyeru Pakatan Harapan membuktikan kepada Yang di-Pertua Negeri (YDPN), Mohd Khalil Yaakob dan menyerahkan akuan bersumpah (SD) dengan segera sebagai tanda sokongan majoriti wakil rakyat terhadap kerajaan negeri.

“Dan sekiranya tidak dapat dapat buktikan bahawa ia dapat sokongan majoriti, maka kerajaan ini masih antara kerajaan-kerajaan yang tergantung.

“BN juga bersedia sekiranya cukup majoriti untuk membentuk kerajaan negeri, kita juga akan mengemukakan kepada YDPN dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Adly dilaporkan berkata kerajaan PH mendakwa masih mempunyai ADUN yang cukup untuk mempertahankan kerajaan negeri itu.

Beliau berkata, tiada sebab untuk PH meninggalkan pentadbiran negeri kerana sebahagian besar ADUN kerajaan termasuk exco kekal dengan sokongan mereka seperti sebelum ini.


Mengulas lanjut, Rauf berkata pihaknya akan menyerahkan SD kepada YDPN bagi membuktikan kekuatan majoriti bagi membentuk kerajaan negeri.

“Sekarang dalam kerajaan negeri Melaka, BN mempunyai 13 dan kita hanya menunggu sekiranya ada perubahan, kita hanya menunggu 2 sahaja wakil rakyat dari mana-mana datang untuk bersama kita dan kita boleh bentuk kerajaan.

“Tunggu dan lihat. InsyaAllah, kita akan bersama-sama melihat perubahan landskap politik di Melaka,” katanya. – FMT

Kategori