Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2,888 Kes Baharu

PUTRAJAYA – Jangkitan harian merekodkan di bawah angka 3,000 dengan 2,888 kes hari...

Cipta Cara Baharu Tingkatkan...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbitan akhbar dan wartawan dinasihatkan mencipta cara baharu bagi...

Hukuman Mati: Rayuan Inspektor...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan seorang inspektor polis yang dijatuhi...

UNIC Kena Tahan, Disyaki...

SESUNGGUHNYA niat yang baik untuk membantu ke sesama Muslim, pasti akan dipermudahkan oleh...

BN Tiada Masalah Lawan Banyak Penjuru PRK Tanjung Piai

PONTIAN – BN tidak mempunyai sebarang masalah dan dilihat tidak terjejas meskipun bakal berdepan dengan saingan pelbagai parti yang mahu bertanding pada PRK Tanjung Piai, 16 November ini.

Bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak berkata demikian ketika mengulas berhubung keputusan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) yang turut menyatakan hasrat untuk bertanding pada PRK terbabit.

Katanya, perkara itu juga adalah kerana BN sejak sekian lama mempunyai kekuatannya yang tersendiri iaitu mengutamakan rakyat tanpa memilih sebarang kaum.

“Saya lihat kalau daripada pihak lain (parti selain PH), ia tidak akan menjejaskan BN, sebab BN ini merupakan parti induk.

“Dengan kekuatan yang ada, saya rasa ia tiada masalah untuk menjamin kemenangan kita ini,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum menghadiri Perjumpaan Tertutup Bersama Pemimpin UMNO di Serkat di sini hari ini.

Mengulas mengenai momentum persediaan BN untuk menempuh PRK kali ini, pihaknya dapati sokongan daripada akar umbi sudah semakin menebal bagi membantu kemenangan calon BN yang telah dipilih.


“Saya lihat penerimaan calon BN, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng ini nampak semakin positif, sebab mulanya mereka (akar umbi) mahukan calon UMNO tetapi sekarang mereka dah terima keputusan daripada pucuk pimpinan yang mahukan calon MCA bertanding.

“Keputusan ini juga dilihat yang terbaik dan boleh menjamin kemenangan BN selain menunjukkan parti ini adalah sebuah parti yang berjiwa besar, terbuka, ambil kepentingan semua kaum dan kita bukan rasis,” katanya.

Dijangka PRK Tanjung Piai akan menyaksikan pertemuan empat parti membabitkan PH, BN, Gerakan dan terbaharu Berjasa.

Untuk rekod, PRK berkenaan akan membabitkan pengundi seramai 53,528 dengan purata 57 peratus Melayu, 41.66 peratus Cina dan satu peratus India. – Sinar Harian

Kategori