Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PDRM Kesan Penggunaan Bahan...

KUALA LUMPUR - Negara kini berhadapan dengan ancaman bahan psikoaktif baharu atau New...

Letupan Di Bangkok Bukan...

LETUPAN bom terburuk di ibu kota Thailand, Bangkok yang meragut lebih 20 nyawa...

‘Pasangan Kekasih’ Adik Beradik...

KATA orang, restu ibu bapa itu penting bagi menjamin hubungan cinta agar ikatan...

Rasuah: Ketua Balai Bomba...

ALOR SETAR - Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi dijatuhi hukuman penjara 40...

BN Sarawak Nafi Sertai PH – Abang Johari

KUCHING – Barisan Nasional (BN) Sarawak menafikan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita baru-baru ini.

Pengerusi BN Sarawak merangkap Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan untuk tidak menyertai PH adalah atas dasar kepentingan rakyat negeri itu.

Menurutnya, kerjasama kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan tetap dijalinkan kerana terdapat bidang kuasa terletak di bawah kerajaan pusat.

“Tidak, buat masa ini kita tidak menimbang untuk sertai PH.

“Kita akan menjalinkan hubungan kerjasama memandangkan terdapat beberapa bidang tertentu adalah di bawah kuasa kerajaan Persekutuan, itu sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di sini malam tadi.

Abang Johari menegaskan, beliau tidak pernah membuat sebarang tawaran untuk bergabung dengan PH selepas kekalahan teruk BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.


Berkenaan dengan pelaksanaan projek yang sedang dilaksanakan di Sarawak, beliau memberitahu, projek yang diumumkan oleh kerajaan negeri tidak akan terjejas kerana menggunakan peruntukan negeri.

“Tetapi, bagi projek kerajaan Persekutuan, saya akan menyerahkan kepada kepimpinan kerajaan Persekutuan,” ujarnya lagi. – KOSMO!

Kategori