Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kuasa Baharu Bola Keranjang...

KUALA LUMPUR - Walaupun sekali lagi gagal merangkul pingat emas, Malaysia kini dilihat...

Kerajaan Susun Langkah Haram...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengambil langkah sementara bagi mengekang perkahwinan melibatkan kanak-kanak...

Bianco Mimosa Lancar Koleksi...

BERITA baik buat bakal raja sehari, jenama pereka yang kian popular di negara...

Penganggur Mengaku Tidak Bersalah...

SEREMBAN - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas...

BN Perlis Tampil 10 Muka Baharu Hadapi PRU

KANGAR – Barisan Nasional (BN) Perlis menampilkan 10 muka baharu daripada keseluruhan 18 calon bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Muka baharu tersebut ialah di kerusi Parlimen Kangar, Titi Tinggi, Beseri, Mata Ayer, Santan, Indera Kayangan, Kayang, Pauh, Guar Sanji dan Sanglang.

Mereka yang kekal ialah dua di kerusi Parlimen Arau dan Padang Besar manakala empat di DUN iaitu Tambung Tulang, Chuping, Simpang Empat dan Bintong (bertukar tempat).

Pengumuman itu turut mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya calon dalam kalangan Pemuda UMNO terpilih selain peningkatan calon Wanita UMNO kepada empat orang berbanding pada PRU ke-13, hanya dua orang.

Pengumuman tersebut dilakukan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan 2020 di sini, pada pukul 2.30 petang.

Turut hadir ialah Timbalannya, Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar, Setiausaha BN negeri, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Bendahari BN negeri, Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Pengumuman tersebut turut mengesahkan desas-desus bahawa Azlan kekal di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun berpindah dari Pauh ke Bintong.

Shahidan ketika mengumumkan itu melahirkan keyakinan bahawa Perlis akan dapat memenangi kerusi ditandingi termasuk merampas dua kerusi DUN Indera Kayangan dimenangi PKR manakala Sanglang dari PAS.


“Saya meminta mereka yang tidak tercalon atau digugurkan supaya menerima hakikat dan berlapang dada,” kata beliau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Calon BN Perlis

(P.001) Parlimen Padang Besar – Datuk Zahidi Zainul Abidin
(P.002) Parlimen Kangar – Ramli Shariff
(P.003) Arau – Datuk Seri Shahidan Kassim

Dewan Undangan Negeri (DUN)

(N.01) Titi Tinggi – Teh Chai Aan
(N.02) Beseri – Ruzaini Rais
(N.03) Chuping – Asmaiza Ahmad
(N.04) Mata Ayer – Siti Berenee Yahaya
(N.05) Santan – Azizan Sulaiman
(N.06) Bintong – Datuk Seri Azlan Man
(N.07) Sena – Azihani Ali
(N.08) Indera Kayangan – Chuah Tian Hee
(N.09) Kuala Perlis – Datuk Azam Rashid
(N.10) Kayang – Hamizan Hassan
(N.11) Pauh – Rozieana Ahmad
(N.12) Tambun Tulang – Datuk Ismail Kassim
(N.13) Guar Sanji – Afifi Osman
(N.14) Simpang Empat – Nurulhisham Yaakob
(N.15) Sanglang – Che Zaidi Saidin

Kategori