Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Projek KPLC Bakal Ubah...

PADANG BESAR - Projek pembangunan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (KPLC) yang dijadual siap...

Romelu Lukaku Cergas Sepenuhnya...

MOSCOW - Jurulatih Belgium, Roberto Martinez mengesahkan Romelu Lukaku cergas sepenuhnya untuk menghadapi...

Takkan Nak Biar Harta...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof...

Suspek Minta Makanan Sebelum...

LELAKI Orang Asli bertindak menetak mati nenek selain mencederakan isterinya dan bapa mentua...

BN, PAS Tarik Balik SD Sokong Mahathir

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dan PAS memutuskan untuk menarik balik akuan bersumpah (SD) menyokong Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata pendirian itu terpaksa dibuat berikutan wujud cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan daripada Dr Mahathir.

“Kita membuat ketetapan bahawa sokongan kepada Perdana Menteri untuk membentuk gabungan tanpa DAP, terpaksa kita tarik balik.

“SD yang kita sampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong, memberikan sokongan kepada Perdana Menteri dengan hanya terhad kepada pembentukan gabungan baharu tanpa DAP.

“Apa-apa selain daripada itu, sokongan tidak sah. Justeru sokongan pada Ahad lalu, kita tarik balik,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata gabungan mereka juga menolak sekeras-kerasnya dakwaan cubaan untuk merampas kuasa daripada Pakatan Harapan (PH).


Sebaliknya, beliau berkata, apa yang berlaku ialah maklum balas terhadap kerajaan PH yang runtuh selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) keluar PH, manakala beberapa pemimpin PKR pula mengumumkan keluar parti itu.

“Parti dalam kerajaan sudah berpecah dan pada peringkat awal, (kita) bersetuju pada dasar untuk bekerjasama dalam blok pembangkang.

“Kami mendapat lebih 130 kerusi dan dalam proses terakhir untuk memeterai satu pakatan baharu, iaitu Perikatan Nasional,” katanya. – BH Online

Kategori