Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suhu Bumi Dijangka Naik...

LONDON: Dunia kini berada di landasan untuk kepanasan ekstrem apabila suhu bumi dijangka...

Show HK Tak Jadi,...

TAHUN lalu sepatutnya menjadi tahun yang paling bermakna dalam hidup penyanyi berbakat besar,...

Pensyarah Diugut Selepas Artikelnya...

KUALA LUMPUR - Seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi...

Peserta PDIT 2018 Ditemukan...

PORT DICKSON - Peserta Port Dickson International Triathlon (PDIT) 2018 warga Hong Kong...

BN Pahang Kekal Utuh Berkhidmat Kepada Rakyat

KUANTAN – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin menegaskan Barisan Nasional (BN) Pahang masih kukuh dan mampu untuk terus membela kebajikan rakyat di negeri ini walaupun terpaksa berhadapan pergolakan politik dalam negara pada masa kini.

​​​​​​​Mohd Sharkar berkata rakyat juga tidak perlu risau dengan desas desus mengatakan ada di kalangan Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN di negeri ini akan melompat parti kerana beliau sendiri tidak mendengar tentang perkara itu.

“Walaupun sudah tidak sealiran dengan kerajaan pusat, BN Pahang sentiasa berusaha untuk menjadi kerajaan pembangkang yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perladangan Negeri Pahang di sini, hari ini.​​​​​​​

Sementara itu Mohd Sharkar berkata, katanya tindakan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 untuk kawasan Parlimen Cameron Highlands adalah satu keputusan yang tepat.

Ini kerana beliau yakin keputusan itu tidak akan berubah dan hanya akan membuang masa serta wang jika rayuan dikemukakan.​​​​​​​


Pada 30 Nov lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya di Kuala Lumpur mengisytiharkan kerusi Cameron Highlands kosong selepas mendapati terdapat amalan rasuah yang membawa kepada kemenangan calon BN iaitu Datuk C Sivarraajh.​​

Berikutan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands esok bagi membincangkan tarikh-tarikh penting urusan PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian dan Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu – BERNAMA

Kategori