Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agong Rai Pengamal Media...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

Bekalan Air Di Petaling,...

Kuala Lumpur : Bekalan air bagi kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat dan...

Pengurusan Kes Saman Najib...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 9 Mac tahun depan untuk...

Pemandu Lori Didenda RM3,000...

KUALA LUMPUR - Akibat mencuri sebuah kontena simpanan barang, seorang pemandu lori didenda...

BN Menang Beri Nafas Baharu Perpaduan Islam

BANGKIT… Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahaya kesal apabila pelbagai isu sentuh sensitiviti Islam dan Perlembagaan Persekutuan semakin berleluasa timbul selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Justeru tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, umat Islam di negara ini perlu bangkit bersatu tolak Pakatan Harapan (PH) dan tidak boleh lagi berdiam diri dengan biar perkara sedemikian merebak kepada situasi lebih parah.

“Banyak perkara berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini, yang sepatutnya mencelikkan kita, membuka hati kita untuk menilai dengan ilmu, untuk menilai dengan iman realiti yang berlaku dalam situasi hari ini.

“Isu-isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam, hak Melayu, Perlembagaan Persekutuan yang kita perjuangkan selama ini mula diperkotak-katikkan, dibangkitkan dan dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Jadi, adakah kita nak diam diri… tak apalah, tunggu lagi lima tahun…. Tak, kita buktikan pada pilihan raya kecil (PRK) ini,” katanya dalam ceramah sempena kempen PRK Parlimen Cameron Highlands di Kampung Keledek.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang bertindak sebagai moderator. Fathul turut beri ingatan kepada kerajaan PH agar jangan berterusan bangkit isu yang calar naluri umat Islam di negara ini.

“Janganlah bangkitkan isu-isu yang makin lama sedikit demi sedikit mencalar hati dan naluri umat Islam dalam negara ini. Memang kamu diberikan kuasa, tapi hati-hati dalam melaksanakan atau menggunakan kuasa tersebut.


“Jangan berlebihan,” tegas Fathul lagi. Justeru gesanya, dalam PRK Cameron Highlands ini, pengundi parlimen itu terutama umat Islam mesti bijak memilih dengan tidak undi calon ‘kitar semula’ PH yang diwakili oleh DAP.

“Kita bukan rasis tapi kita bimbang dengan keberadaan pada hari ini ada satu parti yang cukup rasis dalam kerajaan PH iaitu DAP sendiri, mereka yang akan merosakkan dan memecah-belahkan perpaduan kesatuan umat Islam.

“Ini kebimbangan kita, sebab itu kita kena celik mata kita, kena pastikan kemenangan PRK kali ini memberikan nafas baru kepada perpaduan Islam… berterusan kerjasama atas nama Islam,” jelasnya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori