Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kempen BMF Boleh Makan...

KUALA LUMPUR - Kempen pengguna mengutamakan produk keluaran Muslim (BMF) yang sedang digerakkan...

Bayi 15 Bulan Pamer...

BAYI ini baru berusia 15 bulan tetapi memiliki keberanian yang menakjubkan malah dia...

Mohon Maaf Buat Kecoh...

SUSULAN isu tiga remaja lelaki yang didakwa membuat onar dengan menumbuk dinding homestay...

Mayat Hampir Reput Ditemukan...

PASIR PUTEH - Mayat seorang lelaki hampir reput ditemukan di sebuah rumah di...

BN Kedah Tampil 24 Muka Baru, Kekal 27 Penyandang

MANTAP… Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini mengumumkan calon parti dengan gabungan terbaik untuk mempertahankan mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Pengumuman tersebut dilakukan oleh Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dengan kehadiran calon berkenaan di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Mentaloon di Alor Setar, hari ini.

Daripada 51 kerusi iaitu 15 Parlimen dan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, BN Kedah mengekalkan 27 penyandangnya yang berkaliber, berpengalaman dan terbukti mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatan mereka kepada rakyat sebelum ini.

Barisan calon BN Kedah itu juga dilengkapkan dengan calon yang melakukan penampilan semula serta muka baharu yang mempunyai wibawa tersendiri malah paling penting sedia berkhidmat di kawasan masing-masing andai mendapat mandat rakyat.

Calon yang terdiri daripada penyandang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing termasuk Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar bagi kerusi DUN Suka Menanti (dahulu Bakar Bata), Datuk Othman Aziz (Parlimen Jerlun), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Parlimen Padang Terap), Datuk Othman Abdul (Parlimen Pendang) dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Parlimen Jerai).

Tidak ketinggalan, calon yang melakukan penampilan semula iaitu Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin (Parlimen Kuala Kedah) dan Datuk Ariffin Man (DUN Bukit Lada) dan Datuk Abdul Mutalib Harun (Kubang Rotan).

Gabungan muka baharu yang kebanyakan calon tempatan memantapkan lagi pertaruhan BN Kedah apabila calon yang dipertaruhkan merupakan berkaliber seperti di DUN Alor Mengkudu, Abdul Malik Saad; Sungai Limau (Datuk Norma Awang); Tanjung Dawai (Anuar Ahmad); Merbau Pulas (Asmaidi Abu Talib) dan Bukit Pinang (Dr. Muhammad Nawar Ariffin).

Tiga calon digugurkan ialah Datuk Ahmad Lebai Sudin (DUN Bukit Lada), Dr. Ismail Daut (Parlimen Merbok) dan Azmi Che Hussain (DUN) Bayu.

Kombinasi pemimpin parti komponen mengukuhkan lagi barisan dengan calon terdiri anak tempatan seperti di kerusi DUN Derga oleh Dr. Cheah Soon Hai, Parlimen Alor Setar (Datuk Yoo Wei How), DUN Kota Darul Aman (Tan Eng Hwa) dan DUN Bukit Selambau (Datuk Jaspal Singh).

BN Kedah kini menyandang 10 kerusi Parlimen dan 20 DUN. Mengikut statistik, sebanyak 1,146,492 pengundi di Kedah akan menunaikan tanggungjawab pada 9 Mei. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

P4 LANGKAWI – Datuk Nawawi Ahmad
N1. AYER HANGAT – Mohd. Rawi Abdul Hamid
N2. KUAH – Nor Saidi Nayan

P5 JERLUN – Datuk Othman Aziz
N3 KOTA SIPUTEH – Ahmad Azhar Abdullah
N4 AYER HITAM – Abu Hasan Sarif

P6 KUBANG PASU – Mohd Johari Baharum
N5 BUKIT KAYU HITAM- Ahmad Zaidi Japar
N6 JITRA- Aminuddin Omar

P7 PADANG TERAP – Datuk Seri Mahdzir Khalid
N7 KUALA NERANG – Badrol Hisham Hashim
N8 PEDU – Kama Noriah Ibrahim


P8 POKOK SENA – Datuk Shahlan Ismail (baru)
N9 BUKIT LADA – Ariffin Man ( baru)
N10 BUKIT PINANG – Mohammad Nawar Ariffin (baru)
N11 DERGA – Dr. Cheah Soon Hai

P9 ALOR SETAR – Yoo Wei How
N12 SUKA MENATI – Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah
N13 KOTA DARULAMAN – Tan Eng Hwa (baru)
N14 ALOR MENGKUDU – Abdul Malik Saad (baru)

P10 KUALA KEDAH – Abdullah Hasnan Kamaruddin (baru)
N15 ANAK BUKIT – Johari Aziz
N16 KUBANG ROTAN – Abdul Muthalib Harum
N17 PENGKALAN KUNDOR – Abdul Halim Said

P11 PENDANG – Datuk Othman Abdul
N18 TOKAI – Ahmad Fatihi Omar
N19 SUNGAI TIANG – Datuk Suraya Yaacob

P12 JERAI – Datuk Seri Jamil Khir
N20 SUNGAI LIMAU – Norma Awang (baru)
N21 GUAR CHEMPEDAK – Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ismail
N22 GURUN – Boey Chai Gan

P13 SIK – Dr Mansor Abdul Rahman (baharu)
N23 BELANTEK – Datuk Mohd Tajudin Abdullah
N24 JENERI – Mahadzir Abdul Hamid

P14 MERBOK – Tajul Urus Mat Zin
N25 BUKIT SELAMBAU -Jaspal Singh AL Gurbakhes Singh
N26 TANJONG DAWAI – Annuar Ahmad

P15 SUNGAI PETANI – Shahanim Mohamad Yusoff
N27 PANTAI MERDEKA – Ali Yahya
N28 BAKAR ARANG – Ko Hung Heng
N29 SIDAM – Tan Kok Seong

P16 BALING – Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
N30 BAYU – Mohamed Noor Mohamed Amin
N31 KUPANG – Harun Abdul Aziz
N32 KUALA KETIL – Mohd. Khairul Abdullah

P17 PADANG SERAI – Leong Yong Kong
N33 MERBAU PULAS – Asmadi Abu Talib
N34 LUNAS – Thuraisingam AL LS Muthu

P18 KULIM/BANDAR BAHARU – Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir
N35 KULIM – Chua Thiong Gee
N36 BANDAR BAHARU – Nor Sabrina Mohd Noor

Kategori