Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Hab Telekomunikasi Cyberport Di...

KUALA LUMPUR - Cyberport pembawa neutral bersepadu sepenuhnya pertama di Malaysia, yang menawarkan...

Halimey Gunakan Kempen Ingatkan...

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

Kerosakan Sistem Pendikit Punca...

JAKARTA – Pasukan penyiasat Indonesia memaklumkan bahawa nahas pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya...

Pemerintah Mesir Tergugat Berdepan...

SETIAP kali Mohamed Salah melangkah masuk ke stadium, para penyokongnya akan bersorak "Mo Salah,...

BN Kedah Lancar Manifesto Fokus 7 Kluster Utama

ALOR SETAR – Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umu ke-14v (PRU14) bertemakan ‘Menerus Kemajuan, Menzahir Impian’ yang mengandungi tujuh kluster khusus bernilai RM65.3 bilion untuk rakyat Kedah.

Tujuh kluster itu merangkumi projek berimpak tinggi bernilai RM55.1 bilion, program kesejahteraan hidup rakyat (RM2.7 bilion), infra dan utiliti (RM6.5 bilion), pelancongan (RM60 juta), pendidikan dan modal insan (RM14 juta), agama (RM581 juta) dan belia dan anak muda (RM238 juta).

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata sepertimana 13 edisi pilihan raya umum lalu, BN Kedah terus komited dan berazam untuk memegang janji serta tanggungjawab bagi menerus kemajuan dan menzahir impian rakyat di negeri itu.

“Kita bersyukur kerana aku janji PRU13 yang lalu meskipun menghadapi pelbagai cabaran akhirnya lebih 97.64 peratus berjaya kita penuhi. Ini bermakna keutamaan kita bukan sekadar berjanji kosong. Justeru itu, satu pertiga dari kandungan manifesto yang dizahirkan malam ini sudah pun kita laksanakan.

“Satu pertiga dana peruntukan dan kelulusannya sudah tersedia. Baki satu pertiga dari inisiatif dalam manifesto ini yang menggariskan 12 keutamaan pula sudah siap dirangka dengan kerja awalan telah pun digerakkan,” katanya berucap melancarkan Manifesto BN Kedah, di sini, malam ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Cheah Soon Hai, Pengerusi MCA negeri, Datuk Lee Chee Leong dan Pengerusi MIC negeri, Datuk Jaspal Singh serta barisan kepimpinan BN Kedah.

Ahmad Bashah berkata bagi memastikan rakyat di negeri itu terus terbela, BN negeri komited untuk menawarkan insentif dan tawaran termasuk pemberian suntikan modal kepada usahawan, skim air percuma diteruskan kepada pengguna, kursus praperkahwinan percuma untuk anak muda serta pengendalian pakej perkahwinan melalui program walimatulurus perdana turut diteruskan.


Selain itu, beliau berkata, antara projek berskala besar yang bakal menguntungkan rakyat Kedah adalah projek Bandaraya Getah Kedah yang menyediakan 15,000 peluang pekerjaan, menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan pembinaan pusat rawatan kanser di Sungai Petani melibatkan pembiayaan sebanyak RM500 juta.

Beliau berkata manifesto itu turut menyediakan jaringan perhubungan serta kemudahan utiliti dengan menaik taraf Jalan Persekutuan Alor Setar ke Kangar sepanjang 26 kilometer dan pelaksanaan projek Jeniang Transfer yang memberi manfaat kepada 18,000 petani.

“Apa yang dibentangkan bukanlah janji kosong atau ilusi kita semata-mata. Namun, BN Kedah selaku kerajaan yang bertanggungjawab sentiasa melihat masa hadapan. BN berupaya mentadbir dan mengurus negara dan negeri dengan penuh integrit,” katanya. – BERNAMA

Kategori