Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PKPB: 29 Lelaki Berkumpul...

IPOH - Tidak tahu pub masih tidak boleh beroperasi dan aktiviti berkumpul dalam premis...

Pindaan Perlembagaan UMNO Diluluskan

PETALING JAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO agar...

Mustahil Menang PRK, DAP...

KUALA LUMPUR - DAP menyifatkan undi yang diberikan kepada calon PAS dalam Pilihan...

Baju Wanita Muslim Dibakar...

SEORANG wanita dari Scotland terkejut apabila lengan bajunya dibakar  seorang lelaki yang tidak...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atau mana-mana Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu.

Hasrat itu dinyatakan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa dalam satu hantaran di akaun Twitternya semalam.

Bagaimanapun sebelum itu, Annuar memetik ciapan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang memaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional (MN) di antara UMNO dan Pas semakin banyak mencapai persefahaman dan kesepakatan.

Menurutnya, kesepakatan tersebut boleh diperluaskan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Keterbukaan dan kesederhanaan asas permuafakatan,” katanya.

Dalam pada itu dalam ciapan berasingan beliau berkata, usaha memperkasa penyatuan ummah dan perpaduan Melayu akan terus diusahakan UMNO dan Pas dengan MN sebagai landasan utama.


Terdahulu tular video Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dalam satu forum yang mengulas mengenai UMNO Sabah dan penghijrahan ahli parti itu ke Bersatu.

Kenyataan peribadi Abd Latiff mendapat reaksi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meluahkan rasa kecewa apabila Menteri Pembangunan Luar Bandar itu mengatakan UMNO Sabah tidak laku.

Meskipun Abd Latiff sudah memohon maaf, namun UMNO bertegas akan mengambil semula kerusi Parlimen Mersing daripada Bersatu.

Abdul Latiff mewakili Parlimen Mersing selama lima penggal berturut-turut sejak 1999 atas tiket UMNO sebelum menyertai Bersatu pada 2019. – Sinar Harian

Kategori