Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembalakan Di HSK Balah...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengarahkan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK)...

Adira AF Dikritik Makin...

SELEPAS mendirikan rumahtangganya, Adira AF sering dikritik kerana imejnya yang dikatakan terlalu selekeh...

Tolak Politik Pinggir Quran,...

ALOR SETAR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa ahli parti...

Perkasakan Mahkamah Syariah –...

MARAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menyarankan...

Fitnah BN Beri 5,000 Baju Dalam Percuma?

TAKTIK pembangkang yang akan menggunakan pelbagai cara kotor untuk menyerang jentera Barisan Nasional (BN) nampaknya sudah ke tahap yang begitu terdesak.

Mana taknya, puak tidak bertanggungjawab ini dengan selamba menyebarkan berita palsu kononnya BN Permatang Pauh mempromosikan pemberian coli atau bra untuk wanita secara percuma pada Ahad ini.

Poster palsu yang dihasilkan mereka itu menyebabkan timbul kekecohan di media sosial, padahal BN Permatang Pauh ingin memberikan bantuan 5,000 cermin mata secara percuma buat penduduk di kawasan berkenaan.

Slogan pada poster inisiatif itu telah disunting kepada ‘5,000 Baju Dalam Percuma’ manakala slogan “Jom pi periksa mata, dapat terus cermin mata” turut ditukar kepada “Jom pi periksa dada, dapat terus sarung dada”.

Malah gambar Pengerusi Barisan BN Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said ditukar kepada gambar individu lain dengan nama Dato’ Sri Hj Ustaz Amran Bin Nordin namum jawantannya masih dikekalkan.


Bukti-bukti ini jelas menunjukkan keterdesakan pembangkang memburukkan lawannya walaupun parlimen Permatang Pauh adalah kawasan kuat pemimpin de facto mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini diambil alih seketika isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Jadi tak hairanlah mengapa pembangkang begitu berkeras menolak Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Palsu yang baru sahaja diluluskan parlimen bulan lepas, betul tak?

Dalam pada itu Mohd Zaid seperti dipetik portal Mstar berkata berbentuk penghinaan bukan sahaja kepada BN Permatang Pauh tetapi juga pengundi-pengundi wanita di kawasan itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori