Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Raih Manfaat Besar...

KUALA LUMPUR - Malaysia merupakan penerima utama manfaat daripada pelaksanaan dasar terbuka dan...

‘Cindai Dah Jadi Cibai’...

BAGI yang menyaksikan siaran langsung Anugerah Skrin 2014 semalam pastinya terhibur dengan beberapa...

Kes Baharu COVID-19 Turun...

KUALA LUMPUR: Bilangan kes baharu COVID-19 pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51/2022) atau 18...

Anwar Bentuk Kabinet Esok

PUTRAJAYA – Proses pembentukan Kabinet Kerajaan Perpa­duan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu...

BN Akan Bincang Siapa Paling Layak Lawan Anwar

SEREMBAN – UMNO menyerahkan keputusan sama ada untuk meletakkan calon bagi menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson atau tidak, kepada Majlis Tertinggi BN.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata BN akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk meneliti dan berbincang mengenai perkara berkenaan.

“Keputusan di mana DSAI (Anwar) hendak bertanding, terpulanglah kepada PKR untuk menentukannya dan jika mereka mahu di Port Dickson, biarlah.

“Majlis Tertinggi BN akan membuat keputusan kelak dan jika BN bersetuju untuk meletakkan calon, pandangan Badan Perhubungan UMNO negeri dan bahagian akan diambil kira, sebelum memutuskan siapa calon yang layak dan berwibawa untuk bertanding mewakili BN,” katanya dalam kenyataan melalui aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau sendiri mungkin bertanding mewakili BN berikutan dikatakan paling layak, Mohamad enggan mengulas lanjut dan membalas mesej dengan ikon ‘senyum’.

Beliau sebaliknya berkata, akan memberi tumpuan terhadap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau jika mahkamah memutuskan PRK perlu diadakan semula di kawasan berkenaan.


Mohamad berkata, pada pandangan peribadinya, lebih baik BN meletakkan calon anak tempatan bagi menentang Anwar.

Ditanya sama ada akan ada pertukaran kerusi antara MIC dan UMNO di Port Dickson, Mohamad menegaskan Majlis BN Pusat perlu bersidang terlebih dahulu. – BH Online

Kategori