Blogger Perancis Maut Sifon Krim Putar Meletup

MALANG tidak berbau. Akibat menggunakan alatan dapur komersial yang tidak berkualiti, seorang blogger gaya hidup terkenal Perancis menemui ajalnya setelah alat pembuih krim putar yang digunakanya meletup.

Rebecca Burger, 32, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas sebahagian daripada alat itu tertusuk dadanya.

Berita kematiannya disampaikan melalui akaun Instagram miliknya yang diikuti oleh 200,000 pengikut.

Dalam caption tersebut, ahli keluarganya menyatakan kesedihan mereka tentang kematian mengejut Rebecca.

Menurut gambar yang dimuat naik dalam Bahasa Perancis, keluarganya menunjukkan contoh sifon yang meletup dan tertusuk pada dada Rebecca.

“Alat pembuih yang digunakan olehnya sudah tertutup rapat. Jangan guna produk ini di rumah anda! Ribuan alatan yang rosak telah dijual secara meluas.”

Kematian Rebecca telah mendapat perhatian ramai, termasuklah para pengikut dan blogger yang lain yang masing-masing menyatakan kesedihan mereka atas kehilangan penulis blog gaya hidup dan kesihatan itu di dalam media sosial mereka.-MYNEWSHUB.CC

 

 

Loading...