Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Arab Saudi Tidak...

RIYADH - Wanita Arab Saudi tidak perlu memakai jubah atau 'abaya' longgar untuk...

Inilah Rupa 5 Jalan...

JIKA anda berada di bandar raya Melaka atau George Town, mungkin sudah biasa...

Isu Persempadanan: Pembangkang Dwistandard

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron kesal dengan sikap dwistandard...

Jadual Khas Pantau Kehadiran...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju mengeluarkan satu jadual khas kepada ahli Parlimen di...

Black Jaga Batas Hubungan Dengan Protege Sendiri

SELAKU mentor, penyanyi Black mengakui sekarang dia lebih membataskan hubungan dengan protegenya, tidak seperti dua protegenya sebelum ini.

Menurut Black, dia mengambil pendekatan sedemikian bagi memudahkan lagi cara pengajaran antara dia dengan anak didiknya, Syeera atau nama sebenarnya, Nur Syaheera Abd Aziz.

Memetik laporan mStar Online, Black berkata, Mentor kali ini saya ambil langkah untuk tidak mempunyai hubungan rapat yang terlampau rapat dengan protege.

“Saya bimbing dan ajar dia mengikut jadual yang ditetapkan, tidak seperti tahun lalu yang mana saya benar-benar rapat dengan kedua-dua protege saya.

“Saya nampak hubungan rapat tersebut tidak membantu malah menyukarkan saya untuk membuat sesuatu keputusan,” ujarnya yang terlibat dalam program realiti Mentor Milenia 2017 bersama tiga rakan artis yang lain iaitu Akim, Hazama dan Tomok.


Pada malam final hari ini, protege Black, Syeera akan bersaing dengan protege Akim, Elica, Usop (protege Hazama) dan Along (protege Tomok) bagi merebut gelaran juara Mentor Milenia 2017.

Rancangan tersebut dihoskan oleh Issey dan Marsha Milan selain diadili juri tetap, Datuk Hattan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori