Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Denggi Di Kelantan...

KOTA BHARU - Kes denggi di Kelantan mencatat penurunan 57 peratus kepada 2,455...

Ifa Raziah Mula Berhijab...

SEBELUM ini penyanyi dan pelakon Ifa Raziah kelihatan cantik berhijab ketika menghadiri satu majlis...

Negara Tak Terkecuali Ancaman...

KUALA LUMPUR - Ancaman serangan militan tidak mustahil boleh berlaku dalam negara ini...

Erry Hidayat Ganti Hafifi...

KUALA LUMPUR - Biarpun masih muda, atlet angkat berat Muhammad Erry Hidayat diberi...

Bintang YouTube ‘Mati Otak’ Selepas Ditembak Di Kepala

TRAGIS…seorang remaja yang juga bintang YouTube kini mengalami ‘mati otak’ selepas ditembak di kepala dalam satu pergaduhan di Brazil.

Isabelly Cristine Santos, 14, ditembak di antara bandar Ipanema dan Praia de Leste. Tembakan itu dilepaskan ke arah kereta yang dinaiki oleh Santos selepas berlaku pertengkaran antara pemandu

Dia dikejarkan ke hospital namun keadaannya dilaporkan sangat serius.

“Doktor baru maklumkan bahawa dia kini `mati otak’,’’ kata ibunya.

Santos mempunyai saluran YouTube dikenali sebagai Isa Top Show dan mempunyai lebih 48,000 langganan.


Susulan itu dua lelaki telah ditangkap dan senjata yang digunakan turut dirampas. Mereka mempunyai rekod jenayah.

Setakat ini tidak dapat disahkan siapa yang memandu kereta yang dinaiki Santos. – MYNEWSHUB.CC

Kategori