Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Ahli UMNO Keluar...

KOTA KINABALU - Bekas ahli UMNO Sabah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional...

16,000 Nelayan Sabah Layak...

PUTATAN - Kira-kira 16,000 nelayan di Sabah layak menerima bantuan kerajaan menerusi program...

Gabenor Aden Terbunuh Serangan...

ADEN, Yaman - Gabenor wilayah Aden dilaporkan terbunuh hari ini dalam siri serangan...

Indonesia Halang Video IS...

Jakarta - Agensi perisikan Indonesia kelmarin berkata, mereka akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi...

Bintang Bola Sepak China Dan Isteri Digari

BINTANG bola sepak China, Li Lei dan isterinya, telah mengejutkan ramai apabila video mereka dipaksa turun dari pesawat dengan tangan digari, telah tersebar di media sosial negara berkenaan.

Pasangan itu dikatakan telah bergaduh dengan kru pesawat dan enggan turun dari pesawat yang telah dibatalkan penerbangan itu.

Ketika kejadian mereka menaiki penerbangan Air China dari Haikou menuju ke Beijing. Disebabkan cuaca buruk di Beijing, pesawat terbabit telah tertunda selama lima jam sebelum dibatalkan.

Ia menyebabkan semua penumpang terpaksa turun dari pesawat berkenaan namun Li Lei dan isterinya enggan berbuat demikian kerana marah penerbangan itu tertunda, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 5 Oktober lalu.

Li Lei turut bertengkar dengan kru penerbangan dan membaling air panas ke atas lantai hingga memaksa polis dipanggil ke atas pesawat.


Selepas berdegil dan enggan beredar dari situ, polis telah menggari Li Lei dan isterinya.

Dalam video itu, Li Lei telah memarahi polis dan melarang mereka menyentuh dia dan isterinya sementara polis pula menyatakan mereka berbuat demikian kepada pemain bola itu serta isteri enggan memberikan kerjasama.

Video itu diakhiri dengan kedua-duanya dibawa turun dari pesawat dan menuju ke dalam lapangan terbang. – MYNEWSHUB.CC

Kategori