Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Maut Akibat Lemas Tinggi...

KOTA BHARU - Rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menunjukkan kematian akibat...

RCI Wang Kelian: Saksi...

PUTRAJAYA - Hari kelima pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dikejutkan dengan kredibiliti...

Kerajaan Fail Rayuan Halang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Datin...

2 Adik Kutuk PM...

SINGAPURA - Krisis 'perang peribadi' yang asalnya hanya isu pertikaian rumah keluarga Lee...

Bill Cosby Dipenjara 3 Hingga 10 Tahun

NORRISTOWN – Ikon televisyen Bill Cosby dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya tiga tahun semalam selain dilabelkan dengan gelaran ‘pemangsa seksual ganas’ kerana menyerang seorang wanita di kediamannya di Philadelphia, 14 tahun lalu.

Pelakon berusia 81 tahun yang pernah menjadi kesayangan ramai dan diberi jolokan Bapa Amerika itu adalah selebriti pertama disabitkan serta dihukum dengan jenayah seks selepas pembongkaran serangan seksual dilakukan penerbit filem terkemuka, Harvey Weinstein tahun lalu, sekali gus menandakan permulaan kempen #MeToo dalam membanteras jenayah berkenaan di negara berkenaan.

Didapati bersalah lima bulan lalu kerana memberi dadah dan mencabul Andrea Constand, Cosby tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila Hakim Steven O’Neill menjatuhkan hukuman berkenaan di Norristown, Pennsylvania.

Keputusan terbabit meletakkan beliau sebagai antara rakyat Amerika terkenal menjalani hukuman penjara di negara yang dipenuhi selebriti ternama dan kaya raya itu, sehingga mereka mampu mengupah peguam terkenal untuk melepaskan diri dari dipenjara.


Hukuman berkenaan bermakna Cosby akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya tiga tahun atau tempoh maksimum 10 tahun dalam penjara.

Ketika barisan peguam bela meminta anak guam mereka itu dikekalkan di bawah perintah tahanan rumah, hakim memerintahkan pelakon berkenaan diletakkan di bawah tahanan polis.

Pendakwa sebelum ini menuntut Cosby dipenjarakan sehingga 10 tahun selepas tiga pertuduhan perlakuan ganas digabungkan menjadi satu, bersama denda AS$25,000 (RM103,000) dan kos pendakwaan sepenuhnya. – AFP

Kategori