Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PDRM Ambil 16 Sekolah...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 16 sekolah menengah di negeri ini dipilih sebagai perintis...

Kastam Gagalkan Cubaan Seludup...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

Ribuan Hadir Rumah Terbuka...

PUTRAJAYA - Ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan hari ini mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri...

JPN Cawangan RTC Gopeng...

IPOH - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng...

Bilik Khas Wakil Rakyat Di Parlimen Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen akan disediakan bilik khas di Dewan Rakyat sebaik sahaja bangunan tambahan yang kini dalam proses pembinaan siap sepenuhnya pada Mac depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong.

Beliau berkata, kemudahan itu akan membolehkan wakil rakyat mendapat rehat secukupnya sepanjang sidang berlangsung.

“Ahli Parlimen juga akan diberikan bilik dan berkongsi kemudahan seperti infrastruktur internet, malah bilik ketua pembangkang juga akan disediakan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang memintanya menjelaskan bilakah bangunan tambahan Parlimen akan siap dan apakah kemudahan bakal disediakan, susulan terdapat wakil rakyat mengadu keletihan sehingga tidak dapat hadir ke sidang dewan.

Semalam Ketua Whip PKR, Johari Abdul memaklumkan, keletihan dialami ahli Parlimen yang terpaksa keluar awal dan pulang lewat hampir setiap hari menjadi antara punca prestasi kehadiran di Dewan Rakyat, khususnya dalam kalangan wakil rakyat kerajaan tidak memberangsangkan.

Kelmarin, kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hampir gagal apabila jumlah wakil rakyat kerajaan di Dewan Rakyat ketika itu sedikit, sehingga pembangkang meminta undi belah bahagi dibuat bagi mengundi RUU berkenaan. – FMT

Kategori