Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hujan, Ribut Petir Diramal...

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan...

Lepas Sertai GV2 Barulah...

TERNYATA percaturan penyanyi Faradhiya menyertai program Gegarvaganza musim kedua membawa kegembiraan buat penyanyi...

Tiada Kegiatan Gangsterisme Di...

KUALA TERENGGANU - Tiada sebarang kegiatan gangsterisme di Terengganu dan ini disahkan hasil...

Pinjaman Yen Jepun Kurangkan...

KUALA LUMPUR – Kerajaan menimbang untuk mendapatkan kemudahan pinjaman daripada Jepun bagi mengurangkan...

Bilal Masjid Yang Dibakar Meninggal Dunia

ALOR SETAR – Bilal yang melecur teruk akibat dibakar dalam kejadian di Masjid Al-Hasanah, Taman Rakyat di sini, 19 Februari lalu meninggal dunia kira-kira jam 4 petang tadi.

Menantu mangsa, Jarina Awang, 44, ketika dihubungi Sinar Harian berkata, Allahyarham Amri Budin, 65, tidak sedar selama 22 hari selepas menjalani pembedahan di bahagian anggota badannya yang melecur.

“Selepas seminggu kejadian tersebut satu pembedahan dilakukan dan sejak itu arwah sudah tidak sedarkan diri sehingga hari ini.

“Dipercayai banyak organ dalaman yang gagal berfungsi dengan baik,” katanya.

Jarina berkata, jenazah kini berada di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan akan dibawa pulang ke Taman Seri Indah, Jalan Lencong Barat, dekat sini.

Ketika kejadian sekitar jam 6 pagi itu pada 19 Februari lalu, Amri, seperti biasa datang ke masjid berkenaan untuk mengalunkan azan solat Subuh sebelum didatangi suspek yang kemudian menyimbah minyak pada tubuhnya lalu menyalakan api.


Akibat kejadian itu, mangsa melecur teruk di bahagian muka, tangan, sebelah kiri tubuhnya.

Bagaimanapun pada 23 Februari, suspek perbuatan itu diarahkan oleh Mahkamah Alor Setar menjalani pemerhatian di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Juraidah Abbas selepas menolak pengakuan bersalah tertuduh, Muhamad Ayatul Firdaus Masri, 40, selepas pertuduhan dibacakan kepadanya. – Sinar Harian

Kategori