Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Angka Korban Covid-19 Di...

BEIJING - Angka korban akibat COVID-19 di China meningkat kepada 2,005 orang, kata Suruhanjaya...

Adam Levine Kongsi Gambar...

SETELAH hampir seminggu bergelar bapa, vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine akhirnya sudi...

Orang Islam Tak Boleh...

Kutukan keras oleh ilmuan agama terhadap program 'I Want To Touch A Dog'...

Tajuddin Pengerusi Baharu Kelab...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik...

Program Hollywood Komen Fesyen Fazura, Hunny & Didie

JIKA anda peminat setia rancangan hiburan Fashion Police, pasti anda cukup mengenali hos Giuliana Rancic yang berperanan memberi kritikan terhadap fesyen-fesyen yang digayakan selebriti Hollywood ketika menghadiri majlis anugerah.

giuliana1
Giuliana Rancic

Selain Giuliana, tiga hos lain yang turut serta dalam rancangan itu ialah Kelly Osbourne, George Kotsiopoulos dan Melissa Rivers.

fashion
Hos Fashion Police: George Kotsiopoulos, Kelly Osbourne, Melissa Rivers dan Giuliana Rancic.

Di sana mereka secara terbuka memberikan komen sama ada secara positif atau negatif, semua dia orang serang.

Kalau ada je fesyen yang tak berkenan di mata mereka, pasti akan dikutuk kaw-kaw lebih-lebih lagi ketika zaman mendiang Joan Rivers mengelolakan program itu.

joan
Hos pelopor Fashion Police, mendiang Joan Rivers.

Kini tempat Joan digantikan oleh anaknya, Melissa.

Macam mana reaksi Giuliana terhadap fesyen artis tempatan kita, adakah keterlaluan kata-katanya terhadap fesyen yang digayakan selebriti seperti Hunny Madu, Fazura dan pelakon yang terkenal dengan jolokan Lady Gaga Malaysia iaitu Didie Alias?

Pasti semua tak sabar-sabar nak tahu kan, adakah taraf fesyen selebriti kita setanding dengan selebriti Barat?


Ini semua dapat ditonton menerusi program khas Pak Nil Goes To Hollywood, yang mana Datuk Aznil Nawawi akan mengemukan fesyen artis kita itu kepada Giuliana untuk dikomen olehnya.

Rancangan ini akan ditayangkan bermula 16 Mac jam 10.30 malam di saluran E! Astro 712. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori