Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Remaja Bunuh Gadis Mengandung,...

TAMAULIPAS – Mexico dikejutkan dengan jenayah kejam melibatkan seorang remaja, Guadalupe Salinas Hernandez,...

Pemangku Gabenor, Ketua Menteri...

CHENNAI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menemui pemangku...

Tentera Arab Saudi Pintas...

RIYADH - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, manakala dua lagi cedera selepas tentera Arab Saudi...

5 Maut, 11 Cedera...

KANO, Nigeria - Seorang pengebom nekad membunuh lima orang dan mencederakan 11 yang...

Bila Media Sosial Jadi Pembuat Keputusan

KERAJAAN baharu Malaysia telah menunjukkan yang ia sangat memerlukan sokongan daripada pasukan tentera siber yang entah berapa besar itu.

Sejak sebelum hari Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lagi umum mengetahui media sosial didominasi oleh penyokong dan tentera siber upahan Pakatan Harapan (PH).

Perlu diakui yang PH telah menjalankan kempen yang berkesan di media sosial dan melalui internet dengan sumber mereka yang begitu besar.

Ini satu lagi bukti yang internet dan media sosial ialah platform yang sangat penting bagi parti-parti PH.

Mereka tidak banyak turun kempen rumah ke rumah, berceramah dan berkumpul besar-besaran kerana tidak ramai yang ada di lapangan.

Kempen paling besar PH sama ada rasmi atau tidak ialah di media sosial, melalui pelbagai cara sama ada baik atau kotor, termasuk menyebar cerita-cerita palsu dan separuh benar.

Setelah berjaya menubuhkan kerajaan di Putrajaya, tentera siber ini meneruskan kerja mereka dengan mempromosi dan memuji-muji pemimpin mereka.

Mungkin ini sebahagian tugas selepas berjaya menjadi kerajaan pula, tetapi mereka masih menggunakan cara yang sama.

Sebahagian daripada mereka ini mungkin akan diambil mengendalikan akaun-akaun rasmi menteri, kementerian, jabatan dan sebagainya.

Tetapi, kempen seperti biasa mereka masih berterusan di media sosial, dan malah mungkin ditingkatkan lagi kerana PH sebagai kerajaan sekarang mempunyai lebih banyak sumber.

Faktor yang paling mendorong keupayaan tentera siber mereka ditingkatkan ialah sebagai kerajaan, mereka sedar kini mereka perlu kekuatan mempertahankan diri.

Ini tidak mereka miliki sebelum ini kerana tidak ada kerajaan negeri yang benar-benar mereka kuasai.

Selepas PRU14, mereka perlu mempertahankan kerajaan negeri, menteri-menteri di Putrajaya dan kerajaan yang baru ditubuhkan dan masih belum stabil.

Sepanjang tempoh hingga pilihan raya umum akan datang, banyak tindakan dan dasar tidak popular akan dilaksanakan.

Pada masa yang sama, janji-janji yang ditaburkan sebelum PRU14 lalu menjadi cabaran getir kepada kerajaan untuk melaksanakannya.

Belum pun sebulan selepas PRU14, kerajaan telah mengumumkan pembatalan projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura.


Pembatalan ini ditentang oleh bukan sedikit rakyat yang berpengetahuan dalam hal ehwal ekonomi dan pembangunan.

Dalam hal ini, kita dapat melihat peranan tentera siber mereka sangat diperlukan untuk mempertahankan kerajaan dan mewajarkan keputusan itu.

Netizen Malaysia sudah menjadi saksi bagaimana satu cerpen sedih disebarkan di media sosial untuk memperbesarkan masalah dan menarik simpati orang ramai.

Ini hanyalah satu bentuk “serangan” siber PH di media sosial, dan banyak lagi dalam bermacam-macam bentuk.

Mereka sudah pun cuba untuk memujuk supaya hutang PTPTN dibayar, bermakna peminjam tidak perlu menunggu gaji mencapai RM4,000.

Menurut mereka, hutang tetap hutang dan wajib dibayar. Ini ditimbulkan merata-rata selepas menang, dipercayai dengan tujuan janji berkaitan PTPTN mereka boleh dilupakan.

Inilah yang sedang berlaku sekarang, mereka sedang bertungkus-lumus menyediakan hujah dan alasan untuk menutup kesalahan awal-awal lagi.

PH sedar yang mereka mempunyai banyak kelemahan dan kerjasama politik mereka pun berjalan dengan masing-masing mengawasi supaya tidak ditikam belakang.

Akhirnya, rakyat menjadi mangsa apabila emosi mereka dimanipulasi supaya dapat diperguna untuk membenci dan menyokong agenda tertentu.

Perang di alam siber diketahui penuh dengan penipuan, kekeliruan dan tahap berhujah yang lemah tetapi penuh emosi.

Ini sedang disumbat ke pemikiran rakyat dan semakin ramai bergantung pada apa yang mereka baca di media sosial dalam membuat keputusan politik.

Perkembangan tidak sihat ini akan memperbodohkan orang yang mudah tertipu dan mendorong rakyat membuat keputusan berdasarkan emosi semata-mata. – Mynewshub.cc

Kategori