Memalukan… Bila Penyampai Oscar Silap Umum Pemenang

ANUGERAH berprestij Hollywood, Anugerah Akademi (Oscar) ke-89 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, dicemari insiden ‘memalukan’ apabila dua penyampai anugerah, iaitu pelakon veteran Faye Dunaway dan Warren Beatty tersilap mengumumkan nama pemenang bagi kategori Filem Terbaik.

Faye dan Warren pada mulanya mengumumkan pemenang ialah filem La La Land arahan Damien Chazelle.

Namun kesilapan hanya disedari penerbit La La Land, Jordan Horowitz yang kemudiannya menyatakan kesilapan telah berlaku sekali gus mengumumkan filem ‘pesaing’, Moonlight yang sebenarnya memenangi anugerah utama tersebut seperti yang tercatat dalam kad.

“Berlaku kesilapan, Moonlight, anda menang Filem Terbaik. Ini bukan suatu lawak jenaka.  Trofi ini milik Moonlight,” katanya sambil pelakon dan krew La La Land kelihatan sedikit tercengang dan bingung dengan kesilapan yang dilakukan dua penyampai tersebut.

Warren dipercayai tersilap membaca kad pemenang, yang mana dia telah membaca kad bagi kategori Aktres Terbaik yang dimenangi Emma Stone menerusi lakonan cemerlangnya dalam filem La La Land. – MYNEWSHUB.CC

Loading...