Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jualan Mara Digital Cecah...

PUTRAJAYA Jualan di Mara Digital mencecah RM1.7 juta dalam tempoh sebulan beroperasi sejak...

DAP Mahu Perkasakan Bahasa...

KUALA LUMPUR - DAP Pandan mengambil inisiatif memperkasakan Bahasa Mandarin dalam kalangan golongan...

Seorang Lagi Remaja Lemas...

KEMAMAN - Seorang lagi remaja yang dilaporkan hanyut dibawa ombak besar bersama dua...

Larian Antarabangsa Buka Tirai...

PUTRAJAYA - Satu acara larian antarabangsa diadakan di sini hari ini bersempena persidangan...

Bijirin Quinoa, Makanan Sihat Popular

TIBA-TIBA kecoh di seluruh dunia siber pembangkang apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyebut yang beliau makan quinoa (disebut kin wa, atau keen wah), sejenis bijirin berasal dari Amerika Latin.

Propaganda pembangkang mendakwa quinoa sejenis makanan mahal, dan mengkritik Najib kerana makan makanan yang dikatakan mahal, sambil mengatakan rakyat kebanyakan hanya makan nasi daripada beras murah.

Sebenarnya, quinoa bukanlah sesuatu yang pelik pada masa ini dan telah lama digunakan oleh mereka yang peka dengan kesihatan seperti atlet dan mereka yang sering ke gimnasium.

Rakyat malaysia juga telah biasa dengan pelbagai makanan berkhasiat seperti quinoa, antaranya biji chia, kurma, jintan hitam, kekacang seperti pistachio dan badam, dan lain-lain lagi yang semuanya ada yang mahal dan ada yang lebih murah.

Quinoa menjadi pilihan sihat untuk menggantikan nasi, tetapi mereka yang makan quinoa bukanlah makan dalam kuantiti yang banyak seperti nasi, dan membeli dalam kuantiti yang besar seperti beras 5kg kerana makanan ini dijual dalam kuantiti yang lebih kecil.

Laporan-laporan menyebut PM tidak makan nasi langsung dan menggantikannya dengan quinoa juga sebenarnya laporan salah atau fake news. Mereka juga memanipulasi kenyataan PM tentang makan quinoa itu.

Daripada sibuk menyambut kempen pilihan raya pembangkang, lebih elok kita beri perhatian pada makanan-makanan sihat yang semakin banyak dan mudah diperolehi di negara kita.

Quinoa

Sejenis tumbuhan berbunga, bijirin ini mudah dimasak dan sangat mudah disesuaikan dengan makanan lain. Boleh dimakan sebagai sarapan sebagai ganti kepada bijirin yang biasa, atau makanan utama sebagai ganti nasi atau pasta. Ia terkenal kerana kandungan proteinnya yang lengkap, mengandungi kesemua sembilan asid amino penting. Makanan ini juga kaya serat dan tidak megandungi gluten. Mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif sukakannya kerana dapat membantu pemulihan selepas aktiviti fizikal.

Biji Chia

Makanan ini ialah biji halus berwarna hitam berasal dari Amerika Latin, yang sejarahnya berasal dari kaum Aztec dan Maya. Biji chia kaya serat, tinggi protein dan juga mengandungi omega 3. Protein dan serat yang tinggi dalam biji chia menjadikannya lambat dihadam dan boleh memberikan rasa kenyang yang lama dan menstabilkan gula dalam darah, menyebabkannya disukai oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan. Biji chia boleh membantu mengekalkan kesihatan kerana kelebihan-kelebihan ini.


Ikan Salmon

Ikan yang diimport dari luar negara ini tinggal di kawasan lautan air yang sejuk, mengandungi lemak yang menyumbang kepada kesihatan. Mengandungi omega 3, vitamin B, vitamin D, antioksidan, potasium dan selenium yang semuanya dikaitkan dengan kesihatan jantung. Ikan salmon menjadi ikan pilihan untuk menjaga kesihatan terutama kesihatan jantung di seluruh dunia dan telah lama diakui saintis sebagai makanan yang menyihatkan. Untuk mendapat manfaat khasiatnya, pilihan yang terbaik ialah salmon liar.

Kurma

Kurma kini semakin banyak didapati di Malaysia, di kedai-kedai warga tempatan dan lebih banyak di kedai-kedai milik warga Arab. Pada bulan Ramadan, kurma menjadi makanan pilihan untuk berbuka puasa kerana elok untuk perut yang kosong dan memberi tenaga segera hasil gula yang terkandung dalamnya. Kurma juga kaya serat dan mineral zat besi, fosforus, potasium, magnesium dan zink. Kurma kering selain sihat juga mudah disimpan lama dan dibawa bersama, memudahkannya untuk dinikmati sebagai kudapan sihat.

Kacang Pistacio

Kacang yang banyak didapati di Timur Tengah ini telah lama dikenali di Malaysia, dan ada yang menggelarnya “kacang cerdik” kerana khasiatnya yang membantu kecekapan minda. Kesan pada minda ini ialah vitamin K yang terkandung dalam kacang ini. Kacang ini rendah kalori, kaya zat mineral yang pelbagai yang menyumbang kepada kesihatan jantung dan otak. Asid-asid amino yang terkandung juga menakjubkan, boleh memberi manfaat kepada kesihatan dan kecekapan minda dan juga kepada atlet. Kacang lain yang hampir sama ialah badam dan walnut.

Greek Yogurt

Yogurt atau dadih jenis ini berbeza dengan yogurt jenis biasa yang banyak didapati di supermarket. Dadih biasa banyak ditambah gula, manakala Greek yogurt kurang manis dan lebih padat kerana proses pembuatannya yang mengeluarkan lebihan air dari dadih. Greek yogurt kaya dengan protein, kalsium, potasium, zink, dan vitamin B6 dan B12. Greek yogurt mengandungi probiotik yang tinggi. Protein terkandung dalam Greek yogurt melebihi hingga dua kali ganda protein dalam yogurt biasa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori