Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Serangan Di Gereja, Lima...

KANO, Nigeria - Lima orang terbunuh selepas seorang pengebom berani mati yang dipercayai...

Book writing software programs...

When composing your analytical article it can help you to truly invigorate your...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori kedua di...

CNN Pilih Pulau Pinang...

GEORGE TOWN: Pulau Pinang sekali lagi terpilih sebagai salah satu daripada 22 destinasi...

Bicara 1MDB Najib Bersambung Pada 1 April

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion, akan disambung semula pada 1 April.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan itu memaklumkan perkara itu kepada Bernama menerusi mesej ringkas.

“Perbicaraan itu ditetapkan untuk bermula semula pada 1 April, kecuali terdapat lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan,” kata bekas Hakim Mahkamah Persekutuan berusia 76 tahun itu.

Semakan dalam laman web efs.kehakiman.gov.my mendapati perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah itu dijadual bermula pada pukul 9.00 pagi, pada 1 April.

Perbicaraan itu yang sepatutnya bermula pada 19 Mac ditangguhkan berikutan semua mahkamah di seluruh negara ditutup dari 18 hingga 31 Mac, bagi mematuhi PKP.

PKP yang berkuat kuasa selama 14 hari itu antara lain meliputi penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali bagi mereka yang menyediakan perkhidmatan penting serta semua rumah ibadat dan premis perniagaan kecuali pasar raya, pasar basah, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual keperluan harian.

Kerajaan juga menyeru orang ramai untuk berada di rumah dan mengelakkan daripada keluar semasa tempoh PKP bagi mengekang penyebaran COVID-19 di negara ini.


Mahkamah sebelum ini, menetapkan tarikh perbicaraan pada Mac iaitu 2 hingga 13, 19 hingga 20, 23 hingga 27 dan 30 hingga 31; pada April iaitu 1 hingga 30; serta Mei, pada 4 hingga 8, 11 hingga 22 termasuk hari Jumaat untuk perbicaraan 1MDB.

Mahkamah juga menetapkan keseluruhan bulan Jun, Julai, Ogos, September dan Oktober, termasuk hari Jumaat untuk kes itu.

Apabila perbicaraan bersambung semula, peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka meneruskan pemeriksaan balas terhadap saksi kesembilan pendakwaan iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang telah memberi keterangan sejak 23 September tahun lepas.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Kategori