Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

DBKL Rampas 225 Unit...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah merampas 225 unit rumah...

TMJ Calon Paling Tepat...

KUALA LUMPUR - Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail...

Lokasi Nur Sajat Menyorok...

KUALA SELANGOR - Masih diselubungi misteri apabila Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) belum...

PRN Johor: Barisan Nasional...

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Bicara 1MDB Dilapangkan, Beri Laluan Kes SRC

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini melapangkan tarikh yang dijadual hari ini bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi laluan kepada perbicaraan kes SRC International Sdn. Bhd. yang sedang berlangsung.

Ini susulan permohonan dikemukakan pihak pembelaan yang diketuai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk melapangkan prosiding sambung perbicaraan 1MDB yang dijadual hari ini kerana masih belum selesai dengan perbicaraan kes SRC International yang turut membabitkan Najib.

“Kes SRC International kini sudah berada di peringkat terakhir pembelaan dan kes pembelaan dijangka akan ditutup pada hari ini atau esok (Rabu),” kata Muhammad Shafee ketika pengurusan kes itu di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib yang mewakili pendakwaan tidak membantah permohonan itu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustapa P. Kunyalam ketika dihubungi berkata Hakim Sequerah turut mengarahkan sekiranya perbicaraan kes SRC International dapat diselesaikan pada hari ini, perbicaraan kes 1MDB akan bermula esok.

“Sebaliknya jika kes SRC masih belum selesai hari ini, perbicaraan 1MDB akan bermula Khamis,” katanya.


Tarikh lain bagi perbicaraan kes 1MDB kekal seperti ditetapkan sebelum ini oleh Hakim Sequerah, iaitu 11-13, 19-20, 23-27, 30-31 Mac, seluruh bulan April, 4 Mei dan semua hari bekerja pada Jun sehingga Oktober, termasuk Jumaat untuk mendengar kes itu.

Apabila prosiding 1MDB kembali bersidang, Muhammad Shafee dijangka meneruskan pemeriksaan balas kepada saksi kesembilan pihak pendakwaan, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi. 

Bagi kes 1MDB, Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Bagi kes SRC International pula, Najib sedang membela diri terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana syarikat itu.

Kategori