Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

402,333 Rumah Di Hulu...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 402,333 rumah di Hulu Langat dan Kuala Lumpur mengalami...

Perjalanan Hidup Rasulullah Terap...

SHAH ALAM - Pameran Rehlah Nabawiyyah atau perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW di...

Pelajar Hadapi Masalah Kewangan...

KOTA BAHARU - Kerajaan sedang membantu pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian peringkat ijazah...

JAIS Serbu Rumah Keluarga,...

ALKISAH Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Ahad lalu telah bertindak menyerbu rumah...

Bibi Ramjani Letak Jawatan Presiden KAFA

KOTA BHARU – Usahawan batik, Bibi Ramjani Ilias Khan akhirnya melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Pengumuman itu dibuat Bibi Ramjani menerusi satu hantaran dalam laman sosial facebook miliknya kira-kira pukul 1.20 petang tadi.

“Saya Bibi Ramjani Ilias Khan selaku Presiden KAFA dengan ini melepaskan jawatan saya. Semoga KAFA maju jaya di bawah pengurusan baru. Terima kasih kepada semua penyokong yang tidak pernah putus untuk menyokong Kelantan FA. Mohon maaf daripada saya kepada semua sepanjang saya memimpin KAFA,” katanya.

13 Mei lalu Bibi Ramjani meminta ahli gabungan KAFA mengemukakan nama calon yang mahu dibawa masuk bagi menggantikannya sebagai presiden baharu.

Terdahulu, beliau menerima desakan hebat apabila tujuh ahli gabungan KAFA iaitu Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) mahu mengemukakan usul undi tidak percaya bagi mendesaknya berundur untuk memberikan laluan kepada Kongres Luar Biasa (EGM) bagi memilih presiden baharu.

Pada 17 September 2017 lalu Bibi Ramjani melakar sejarah baharu dalam arena bola sepak negara apabila dipilih sebagai Presiden KAFA bagi penggal 2018 hingga 2021.


Pada pemilihan itu Bibi Ramjani yang menerima 32 undi menewaskan seorang lagi calon Presiden yang juga Naib Presiden KAFA musim ini, Datuk Mohamad Nasir Hamzah (16) dalam Kongres Tahunan KAFA ke-63.

Bagaimanapun, proses pengundian terpaksa dilakukan dua kali selepas jumlah undi diperolehi Bibi Ramjani pada kali pertama sebanyak 32 undi iaitu tidak memenuhi kehendak perlembagaan persatuan yang memerlukan undian majoriti 35 untuk jawatan Presiden.

Keputusan pengundian kali kedua membabitkan 52 wakil PBJ muktamad memilih Bibi Ramjani sebagai Presiden KAFA.

Kategori