Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kutipan Zakat Di Kelantan...

KOTA BHARU - Kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu...

Ciplak Design Baju, Nabila...

TELINGA penyanyi Nabila Razali bagaikan sudah lali dengan segala kecaman dan kritikan netizen...

Kanak-Kanak Mungkin Buta Kena...

Keningau - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mungkin buta mata kiri selepas...

Rumah Impian Bangsa Johor...

JOHOR BAHRU - Projek Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim, yang juga...

Biarpun Hanya Jenaka, Diva AA Tak Maafkan

SERING menjadi bahan jenaka netizen di media sosial, selebriti popular, Azwan Ali tampil bersuara dengan mengatakan bahawa dia tidak akan memaafkan individu-individu yang berbuat demikian.

Azwan yang juga dikenali sebagai Diva AA berkata, dia maklum mengenai jenaka terbaharu di laman sosial Twitter yang mengaitkannya bersama abangnya Datuk Seri Azmin Ali.

Jelasnya kepada mStar Online, biarpun tidak mempunyai akaun media sosial berkenaan, dia tahu mengenai jenaka yang menggunakan gambarnya itu.

Malah, ada juga yang menyamar sebagai Azwan di Twitter dengan menggunakan gaya penulisan yang sama seperti yang digunakannya dahulu sebelum akaun Twitternya dipadam beberapa tahun lalu.

“Walaupun saya sudah tak ada akaun Twitter, saya tahu mengenai jenaka berkenaan.

“Saya tahu ia sekadar jenaka dan tidak menggunakan sebarang ayat kurang ajar, tapi saya tetap tak akan maafkan mereka.

Go ahead, buatlah. Teruskan menipu dan menyamar sebagai saya. Kau tunggu azab kubur nanti,” katanya ketika dihubungi portal berkenaan.

Azwan diminta mengulas mengenai tweet yang memaparkan dialog perbualan telefon rekaan netizen melibatkan dirinya dengan Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Dalam posting yang tular di laman sosial itu baru-baru ini, gambar Azmin yang sedang bercakap dalam telefon diletakkan kapsyen lawak oleh seorang pengguna sehingga menghiburkan netizen.

Justeru, para netizen mula membalas tweet berkenaan dengan menggunakan gambar Azwan beserta kapsyen seolah-olah berbual dengan Azmin.

Tweet akaun palsu yang dikatakan Azwan.

Antara topik yang disentuh adalah mengenai kuih-muih di bazar Ramadan dan rendang yang sinonim dengan pengacara kontroversi itu.

Dalam pada itu, Azwan berkata ramai pihak menganggap bahawa hubungannya dengan Azmin kini sudah pulih sedangkan perkara berkenaan tidak benar sama sekali.

“Bila masa saya berbaik dengan Azmin, saya belum terbuka hati lagi untuk memaafkannya.


“Sebesar hama pun saya tak maafkan walaupun dia dah jadi menteri sekarang,” ujarnya lagi.

Tambah Azwan, dia kini hanya mempunyai akaun media sosial Facebook selepas Instagram miliknya digodam buat kali kelima sewaktu dia sedang berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Pada PRU14 yang berlangsung pada 9 Mei lalu, Azwan melakukan kejutan apabila bertanding untuk kerusi DUN Bukit Antarabangsa menentang Azmin dan tiga calon lain.

Bagaimanapun, dia gagal memenangi kerusi tersebut selepas hanya memperoleh 90 undi sahaja dan kerusi itu sekali lagi dimenangi Azmin.

Ketika ditanya mengenai perkambangan terkininya selepas selesai PRU14, Azwan berkata dia kini hanya berehat dan fokus beribadat sempena kedatangan Ramadan.

Ujarnya, dia hanya berpuasa di tanah air pada tahun ini selepas 10 tahun menyambut Ramadan di Makkah sambil mengerjakan ibadah Umrah sebelum ini.

“Selepas PRU14, tempahan rendang naik mencanak tapi seorang pun tak merasa. Saya puasa, bersahur, berbuka, terawih dan tidur, itu sahaja.

“Sudah 10 tahun setiap kali Ramadan saya akan melakukan umrah di Makkah. Tahun ini saya berpuasa di tanah air sahaja tapi saya berdoa agar dapat menunaikan Haji pula selepas ini.

“Walaupun orang cakap saya tak ada job, saya masih hidup macam biasa. Rezeki itu di tangan Allah dan saya percaya dengan rezeki dariNya,” jelas Azwan. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori