Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Bunuh Anak...

PUTRAJAYA: Sepasang suami isteri terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini...

Generasi Baharu Felda Perlu...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu generasi baharu Felda...

Remaja Hanyut, Bot Karam...

KUALA PERLIS - Seorang remaja dilapor dihanyutkan air setelah bot yang dinaikinya bersama...

Paderi Tampar Pipi Kanak-Kanak...

SEORANG paderi Perancis telah mencetuskan kemarahan ramai selepas dia menampar pipi dan memarahi...

Beza Antara Zaman Mahathir Dan Zaman Najib

PEMBANGKANG asyik dok tibai, konon rakyat hidup lebih mewah zaman Mahathir Mohamad daripada zaman Najib Tun Razak.

Zaman Najib didakwa semua barang naik sebab konon ada GST. Tu kata mereka, jom tengok fakta-fakta berikut dan kita tengok balik siapa yang kena!

1. PINJAMAN PTPTN

Pada zaman Mahathir: interest 4%, zaman Najib melalui skim Ujrah interest dikurangkan sehingga 1%. Bagi peminjam yang konsistan bayar setiap bulan dapat potongan 10%, kalau langsai PTPTN sekali gus dapat diskaun 20%. Ini memberi peluang kepada peminjam menyelesaikan hutang lebih awal.

2. TOL

Zaman Mahathir, tol naik 5% setiap 3 tahun! Berbeza dengan Najib, yang menumpukan pembinaan highway Pan Borneo, highway KL-Kelantan melalui Merapoh, highway bertingkat Rawang yang kesemuanya bebas tol. Semampu yang boleh, Najib juga memastikan tiada peningkatan tol yang terlalu kerap. DAP janji nak hapuskan Tol Sungai Nyior, apa cer bro? Sampai petang tadi masih dok kutip.

3. PENGANGKUTAN AWAM

Kita tengok sistem pengangkutan awam pula, zaman Mahathir, tambang ERL untuk ke KLIA mesti naik 10% setiap 5 tahun manakala beban rakyat lebih diringankan oleh Najib apabila kerajaan beri subsidi untuk tambang MRT.

4. ISA

Mahathir mempertahankan dan kerap menggunakan sepenuhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kira-kira 1,200 orang terutama musuh politik pernah ditahan bawah ISA. Zaman Najib, ISA dihapuskan sama sekali!

5. HUTANG NEGARA

Tengok pada fakta, hutang negara zaman Mahathir melonjak sehingga 103% dan kemudian menjunam 54% ketika zaman Najib! Hakikatnya kadar KDNK dan pendapatan per kapita rakyat terus meningkat saban tahun.

6. LEBUHRAYA PANTAI TIMUR

Mahathir menghentikan pembinaan LPT apabila parti pembangkang perintah Terengganu dan Kelantan manakala Najib meneruskan projek LPT ke Terengganu dan Kelantan. Juga membina highway Kota Bharu-Kuala Krai walau diperintah pembangkang. Tidak pernah memilih milih dalam membantu rakyat.

7. CUKAI BARANGAN

Walaupun pembangkang mencanang GST 6% sebagai masalah sebenar penyebab kesusahan rakyat tapi mereka lupa zaman Mahathir SST 5%, 10% dan 20%! Malah kenaikan barangan juga banyak dimanipulasi peniaga kalangan penyokong DAP untuk memburukan imej kerajaan konon punca harga naik.

8. YURAN SEKOLAH

Zaman Mahathir ada yuran persekolahan tapi caj bayaran tahunan itu dihapuskan pada zaman Najib.

9. BANTUAN SEKOLAH

Zaman Mahathir tiada langsung bantuan, tapi rakyat menikmati RM100 setiap murid yang belajar di sekolah dengan bantuan tersebut di zaman Najib.

10. BUKU TEKS SEKOLAH

Ingat tak zaman Mahathir 1990-an hingga awal 2000, pinjaman buku teks bergantung kepada pendapatan ibubapa. Ada pelajar perlu beli buku teks. Berbeza di zaman Najib, semua pelajar dapat buku teks secara PERCUMA!


11. BR1M

MAHATHIR, langsung tak ada, zaman Najib, sehingga RM2,000 akan diagihkan pada rakyat. TERIMA KASIH.

12. BAUCAR BUKU UNTUK MAHASISWA

Pelajar di institusi pengajian tinggi langsung tidak diberikan bantuan pembelian buku rujukan di universiti tapi zaman Najib, baucar buku diberikan sehingga RM250 seorang.

13. KLINIK BERGERAK 1MALAYSIA

Dari sudut kesihatan rakyat pula zaman Mahathir tiada langsung klinik bergerak seperti bas dan bot seperti yang dinikmati sekarang. Tambahan pula rakyat hanya dikenakan RM1 ketika menjalani rawatan kesihatan di Klinik 1Malaysia.

14. GAJI MINIMUM

Era pemeritahan Najib, rakyat dibela dengan penetapan gaji minimum RM1,000 dan kenaikan pencen 2% setiap tahun kepada pesara kerajaan di mana rakyat tidak menikmatinya di zaman Mahathir.

15. BAKI SIMPANAN PETRONAS

Biarpun dikatakan era gemilang Petronas zaman Mahathir, namun hanya RM30 bilion baki simpanan dinyatakan dan meningkat tinggi di zaman Najib dengan jumlah RM128 bilion!

16. RUMAH PENJAWAT AWAM 

Penjawat awam menikmati pemilikan rumah di bawah pelan kerajaan Rumah penjawat awam 1 Malaysia (PPA1M) di zaman Najib, di mana zaman Mahathir tiada langsung!

17. RUMAH UNTUK RAKYAT

Era pemerintah Mahathir diagungkan drngan projek PPRT yang sebenarnya tidak selesa manakala era Najib rakyat mendapat lebih lagi iaitu PPRT, SPNB (gaji bawah RM3,000 dan ada tanah, kerajaan subsidi RM25 ribu), SPNB Plus (gaji RM3,000 keatas dan ada tanah), PR1MA (gaji bawah RM10,000).

Kuota jemaah haji Malaysia
Kuota Rasmi Haji 2018 Kekal 30,200 Jemaah.

18. TAJA RAKYAT TUNAI HAJI

Bonus dan peluang menunaikan haji bagi individu yang tidak berkemampuan diberikan kepada 1,000 jemaah setiap tahun, berbeza sungguh dengan zaman Mahathir, tiada langsung!

19. BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Mahathir: Tiada. Najib: Ada, RM600 untuk 3 bulan kepada 440 ribu penoreh getah.

20. SKIM ELAUN SARA HIDUP NELAYAN

Nasib para nelayan yang menghadapai masalah ketika musim terkujuh turut dibela dengan pemberian sumbangan RM300 sebulan, zaman Mahathir? Tiada.

DAN nak tanya, pembangkang macam DAP dan PKR…. kalau zaman Mahathir dulu best sangat… kenape masa tu pun kauorang kutuk dia, benci dia… lawan dia?

NAPE tak sokong dia? – Mynewshub.cc

Kategori