Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Dalam Senarai Manipulator...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berharap Malaysia dikeluarkan daripada senarai...

UMNO Berupaya Menangani Isu...

ALOR SETAR - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO mempunyai...

Susulan Kelab Myvi Rasa...

KUALA LUMPUR - Susulan kes dua pemandu ahli kelab Familia Myvi (FMC) terlibat...

Melaka Bakal Ada Penerbangan...

MELAKA - Melaka bakal menerima penerbangan terus secara carter dari bandar Haikou di...

Beyonce Hamil Anak Kembar, Kongsi Gambar Baby Bump

KEJUTAN… Netizen di laman Instagram terperanjat dengan berita berita yang dikongsikan penyanyi popular, Beyonce apabila mengumumkanĀ dia sedang hamil anak kembar.

Penyanyi berusia 35 tahun itu memuat naik gambarnya yang lengkap mengenakan veil panjang di kepalanya dengan berlatarbelakangkan jambangan bunga serta memegang perutnya yang sudah kelihatan besar.

Pada gambar tersebut terdapat kapsyen: “Kami ingin berkongsi cinta dan kasih sayang selain bersyukur keluarga kami akan bertambah dua lagi.

“Terima kasih atas semua ucapan anda,” tulis isteri kepada penyanyi rap Jay-Z.

Beyonce Hamil Anak Kembar, Kongsi Gambar Baby Bump

Perkongsian Beyonce yang popular dengan lagu Love on Top itu mendapat perhatian netizen dan peminat apabila mendapat lebih 7 juta tanda suka selepas gambar tersebut dimuat naik sehingga menjadi bualan hangat di Twitter dengan #beyoncetwins.

Pasangan selebriti yang mendirikan rumah tangga pada 4 April 2008 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Blue Ivy Carter yang dilahirkan pada 7 Januari 2012.


New York Times melaporkan Jay Z atau nama sebenarnya Shawn Carter nyata gembira dengan pengumuman berita kehamilan tersebut.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai usia kandungan Beyonce yang dikongsikan.

Pada 2011, Beyonce pernah membuat kejutan pada acara Anugerah MTV Video Music apabila mengumumkan kehamilan anak pertamanya, Blue Ivy Carter.

Ketika itu Beyonce menjadi bualan hangat apabila tiba-tiba membuka jaket yang dipakainya sebelum mengusap perutnya sejurus mengadakan persembahan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori